02 February 2011

No Title.

 Aku rasa aku dah buat satu kesilapan. Aku silap bila aku rasa sebenarnya aku kuat tapi sebenarnya dalaman aku sangat rapuh. Macam biskut. Aku silap bila membenarkan dia berpaling seketika kepada aku. Aku silap bila membenarkan dia mengetuk hati aku kembali. Aku silap bila aku masih tak mampu melepaskan pandangan dia yang sampai ke dasar hati tu. Dan atas kesilapan itu, akhirnya aku menerima hukuman. Aku jadi rindu tidak kepalang kepada dia. Rindu yang sebenarnya memakan diri sendiri. Sadis! Dan sebenarnya, aku sangat benci perasaan ini.

Kalaulah aku tidak memberi dia peluang itu, sudah tentu aku sedang berbahagia dengan kehidupan aku sekarang.
Kalaulah aku tidak memandang dia, sudah tentu aku tidak terkena panahan mata dia yang redup itu.
Kalaulah aku sudah tidak cintakan dia lagi....

Tiada lagi aku dan engkau
Titik

Comments (1)

On Sunday, May 22, 2011 11:43:00 AM , aqsaqsa said... [Reply to comment]

eeeerrrrkkkkkk.... Gal?

 

Mereka SUPER BEST


:: Si Gula-gula Hati ::

© 2010, AYINWEEWEET.blogspot.com
All Rights Reserved | © 2010 |
This blog design is built and designed by