"Barakallahu laka wa baraka ‘alaik, wa jama’a bainakuma fi khair
Mudah-mudahan Allah memberkatimu, baik ketika senang mahupun susah dan selalu mengumpulkan kamu berdua pada kebaikan
 
 Che Na solemnization. Super beautiful!
 
I love you my super best friend. Now i lost another shoulder to cry T T


 US

 Wishing you the best of luck in your new chapter of life sayang. *hugs*

 Mak Jemah sangat. HAHAHA

 Me & You
May this friendship remain forever.


Tahniah kesayangan hamba,
Semoga perkahwinan ini akan memberi seribu rahmat kepada sekelian alam.
Sayang kau ketat-ketat.

*love*
Dulu orang sibuk gilakan digital camera. 
Lepas tu orang gilakan DSLR pulak. Siapa tak gantung DSLR kat leher, tak kewl yo..
Sekarang orang gilakan polaroid camera pula. Kewl nya ketik ketik keluar gambar.

Yang saya pilih ini adalah polaroid camera jenama Fujifilm Instax Mini.

Fujifilm instax ni ada 3 jenis; 7s, 25s, 50s.
Fungsinya pelbagai. Harganya pun pelbagai. Sesiapa yang suka simple-simple, boleh pilih 7s. Pilih biru ke pink. Kalau nak paling canggih dan mabeles, sila pilih 50s. OHSEM GILA KAU PIANO BLACK! Sebab dia hitam, so nampak smart gila. Tapi poket pun smart juga lah. Sobsob.

Saya pilih 25s yang awesome. Rasa best pula ambil gambar, terus filem keluar. Lepas tu excited tengok gambar sendiri. Lepas tu rasa bangga sebab orang pandang kita macam 'woah, coolnya orang tu ada camera macam tu.' Puiiiiii.

 Senang, mudah, ringkas.

Mana nak cari?
Sila terjah Facebook Fujifilm Instanx Camera.

Kenapa mesti pilih FIC?
1.Ownernya baik, peramah, dan easy going.
2. Service terbaik. Boleh tanya macam-macam, dia layan aja.HAHA
3. Harga berbaloi-baloi. Ni betul. Dalam banyak-banyak seller, FIC jual item yang sama dengan harga yang paling murah.
4. Free gift. Siapa tak suka free gift?

JOM BELI!!

Eh!!

^___^

28 September 2012

28 September

 28.09.2012

Hati saya lelah.
Jiwa saya mengah.
Perasaan saya rapuh.

Saya ingin menangis mengingati janji yang diberi.
Menangis kerana diri ini sebenarnya telah separuh mati.
Menangis kerana penat hanya memberi.
Tetapi Tuhan lebih mengerti.

" Ya Allah, jika aku bukan pemilik tulang rusuknya,
Jangan biarkan aku merindukan kehadirannya,
Tetapi jika Kau ciptakan dia untukku,
Satukanlah hati-hati kami,
Bantulah aku untuk mencintai, mengerti, dan menerimanya seutuhnya,
Yakinkanlah dia bahawa aku mencintai dan rela menempuh suka dan duka bersamanya

Amin amin Ya Rabb"


Kita kenal antara satu sama lain empat tahun yang lalu.
Empat tahun yang sangat panjang.
Sepanjang empat tahun itu, ada banyak ragam.
Kita ketawa.
Menangis. Merajuk.
Akhirnya ketawa kembali.

 Kita pernah berjanji.
Akan setia,sehidup dan semati.
Mengaku meredah apa jua cubaan yang menimpa.
Sedang sebenarnya kita sangat naif.
Hingga kadang kala kita tersungkur jua dilanda musibah.

Hubungan benci tapi rindu ini akhirnya bertanda juga.
Semakin kita mengorak langkah bersama, semakin sesak di dalam dada.
Aku pandang kau.
Kau memandang aku.
Kerana janji itu, kita teruskan langkah ini juga.

Kekasih,
Pinjamkan aku bahumu untuk aku lepas lelah ini,
Berikan aku telingamu untuk mendengar setiap helahan nafasku,
Pandanglah ke dalam mataku,
Untuk kau percaya,
Hanya kamu di mata aku.

Selamat hari ulang tahun kekasih.

Kau + Aku = Satu



Malam-malam yang sudah, mulut ni rasa macam tawar semacam. Dah lama tak main masak-masak cookies yang sedap dap dap. Sebenarnya, sebelum ni selalu buat ikut resepi lain. Kali ni, guna resepi ala ala famous amos yang sedap tu. Jadi ke tak? Kita tengok nanti.

Resepi Famous Amos Wannabe
Sumber : Cik Nuwairani comei lote

 
 Bahan-bahan
150 gram butter
1 cawan minyak - saya guna minyak biji matahari
1 biji telur
1 sudu besar susu segar
1 sudu kecik esen vanila
1 cawan gula - saya tak masukkan
1 cawan gula perang - saya guna 3/4 cawan
4 cawan tepung
1 sudu kecil garam - tak guna juga
1 sudu kecil cream of tartar - saya ganti dengan emplex
1 sudu kecil baking soda
1 cawan kekacang -  saya guna hazelnut
2 cawan choc chip

Cara-cara
1. Masukkan butter, minyak, telur, susu segar, esen vanila, gula ke dalam mangkuk. Pukul hingga sebati.
2. Masukkan tepung, garam, cream of tartar/emplex, baking soda, kacang, dan choc chip. Uli.
3. Letak  adunan yang sudah dibentuk ke dalam tray.
4. Bakar di dalam oven dengan suhu 175 darjah lebih kurang 10-15 minit.


p/s : 
1. Jika adunan lembik, tambahkan tepung ikut keperluan.
2. Saya guna choc chip Hershey's sebab choc chip dia melt dan lembut bila dibakar.
3. Tak suka manis? Boleh kurangkan gula. Tak suka hazelnut? Boleh tukar ikut kacang kesukaan anda.
4.  Tips jika mahukan cookies yang berbentuk cantik berbanding leper - selepas siap mengadun masukkan dlm fridge 30 minit, selepas tu boleh disudukan ke dlm dulang pembakar atau guna tangan, juga in between membakar simpan adunan dalam fridge supaya ia tidak cair. - sumber Nuwairani
 

Short review tentang kereta nasional terbaru,proton preve

1.design ala ala kia forte n honda city.nampak sleek dan kemas.

2.bonet besar gile.kalau nak menyorok dlm bonet kete mmg xda sapa akan jumpa.

3.enjin turbo.vroooom guna enjin cpe

4.harga mampu milik.paling mahal pun cuma 72+++.sesuai kepada sesiapa yang nak tukar kereta baru.

5.electronic car.tiru forte.hahaha



Published with Blogger-droid v2.0.4
28.09.2012


Once in a while,
Right in the middle of an ordinary life,
Love gives us a fairy tale..


Selain pelamin, baju nikah & sanding, jurugambar, doorgift, dll, ada satu perkara baru yang bakal pengantin sering titik beratkan. Guestbook. Guestbook ni selalu diletakkan di satu sudut hadapan rumah pengantin. Tujuannya adalah untuk tetamu menulis nota, komen, ucapan, dan mungkin gurauan-gurauan comel kepada pengantin baru. Guestbook ni terpulang pada pengantin tu sendiri. Nak murah, mahal. Nak biasa-biasa, atau yang ohsem.

Guestbook impian saya
  • Cover depan ada paper flower yang rimbun-rimbun. Color theme, yellow white. Lagi cantik kalau ada quilting yang comel-comel.
  • Kat dalam ada doa untuk pengantin (ehemm), ucapan dari kami. Baru nostalgic
  • Then tetamu bagi ucapan dan letak gambar guna polaroid camera. Double nostalgic. 
Pendek kata, nak design macam ni; yang super ohsem... 





Panjang kata pulak...

Kalau nak guestbook yang super ohsem macam di atas, yang buat korang tersenyum sepanjang zaman, boleh singgah di shareyourlovewithcards untuk ordasaja

Good news kepada bakal pengantin yang suka join kontes seperti saya!!

shareyourlovewithcards bermurah hati untuk buat GA dan menawarkan free guestbook abaq ang..

Tarikh tutup adalah pada 30 April 2012. Cepat cepat sebelum terlambat.

Info? Klik sini yo!

p/s : Hepi 2nd anniversary of shareyourlovewithcards yeah ^__^


Antara ramai-ramai blogger (ramai ke) yang pernah datang sini, ada sorang blogger famous amous yang pernah datang dan telah jadi follower kat blog cikai ni. Masa first time ternampak blogger ni follow, rasa macam wow wow wow.. Dia yang hebat sudi merafak sembah ke blog hamba yang hina ini. cewah. terharu. *sobsob*

Beliau adalah....

Abang eqbalzack, owner eqbalzack.com

Dia kacak. Educated. Baik. Dan yang paling penting dia BUJANG. ececeh. Bujang tapi mungkin sudah tidak available. Tak apa. Saya pasrah siket je. Dan sekarang, abang eqbal sedang promo untuk DIGI WWWOW AWARDS. Oleh sebab saya woowww kerana dia sudi datang dan follow blog ini, maka saya dengan rela hati nak promo pada rakan-rakan supaya sudi jengah blog beliau dan bagi sokongan penuh tidak berbelah bahagi ya.

Sekarang, abang eqbal sedang bermurah hati untuk menghadiahkan kita si peminat, badge DiGi WWWOW AWARD yang ada gambar beliau lagi, ehemmm.. Pakai ke mana-mana tanda sokongan, tanda ingatan, dan tanda kasih sayang. *kehkehkeh* Macammana nak dapat?

1. Jadi follower dan LIKE facebook fan page beliau -DONE
2. Letak icon button beliau di side bar/entry anda dari 12 April hingga 13 Mei 2012. - DONE
3. Tulis entry berkaitan eqbalzack.com dan penyertaan beliau di dalam DiGi WWWOW AWARDS dengan link ke blog beliau -DONE
4. Hantar maklumat anda dalam borang yang disediakan dalam blog beliau -DONE
5. Plus, sesiapa yang masuk contest ini, ada peluang besaaaaaarrrrr untuk dapat handphone mahal dalam contest seterusnya. wooohoooo.

Apa lagi, jom promo, sebar, dan vote!!!
Abang eq.. u've got my vote babeh...HAHAHA


"Suram. Hati pasangan di depan saya ini sebenarnya telah lama suram. Saya boleh lihat. Air muka, bahasa badan, malah pasangan ini saling mengelak untuk tidak memandang antara satu sama lain. Sang lelaki lebih kerap memandang telefon bimbit berbanding memandang sang perempuan. Sang perempuan hanya menundukkan wajah, kadang-kadang menguis lantai yang tidak kotor. Sang lelaki akhirnya bersuara dengan suara yang cukup perlahan. Tenang dan tidak bereaksi. Sang perempuan tekun mendengar, mungkin mengharapkan ada sinar di hujung perjalanan ini. Tiba-tiba sang lelaki bangun, masuk ke dalam kereta, dan meninggalkan sang perempuan terkesima seribu bahasa. Aku melihat ada titik-titik jernih di hujung matanya. Menghela nafas yang panjang, beliau bangun dan meninggalkan tempat itu dengan seribu perasaan di dadanya."

Kenapa kita perlu cinta dalam hidup? Kenapa kadang-kadang,bila kita rindukan seseorang, terasa ada satu selumbar kecil di dalam hati? Pedih dan perit. Kenapa kadang-kadang kita masih lagi di berdiri di jalan yang sama,seperti setahun,sedangkan kita tahu,dia tidak akan berpatah kembali?

Ada satu jawapan.

Kerana cinta,rindu, dan sayang itu sebenarnya memberi kita nafas untuk meneruskan hidup. Kita perlu cinta kerana ia sumber kekuatan dan memberi emosi yang sangat kuat dalam kehidupan kita. Kadang-kadang, kita tidak punya siapa, tetapi kerana cinta kepada Maha Agung buat kita yakin, hidup ini ada pesonanya.

Kita rindu kerana kita sebenarnya memberi ruang kepada diri kita,untuk mengingati apa yang pernah kita ada. Kita rindu kerana dalam hati kita, ada satu ruang yang masih kosong, yang penghuninya mungkin tidak pernah tahu,kita sedang merindu.

Tapi,kalau cinta dan rindu itu bukan lagi penghuni dalam hati, kenapa kita begitu tega membiarkan ia terus menanti? Tidak mahu menjadi zalim atau sebenarnya kita ingin menghukum diri sendiri?

Sumber : Google

"Antara aku dan kau, kita tidak boleh bahagia lagi. Rasa itu telah tiada. Kau boleh mencari bahagia yang kau impi. Maaf. Bukan bersama aku. Maaf juga kerana membuat kau menunggu. Aku telah mencuba, tapi semakin hati mendesak,semakin sukar aku rasakan. Kita tidak ada jodoh. Maafkan aku."

Mengucapkan cinta itu mudah.
Mengucapkan maaf itu payah.
Hate is easy,
Love takes courage

13 April 2012

Nota Sepi vol.1


Malam ini,
hati terasa sayu,
mengenang cerita kita entah yang ke berapa kali,
mengenang momen indah yang pernah kita lakari.

Kekasih,
Sudah jauh kita melangkah pergi,
Kadang-kadang kita ketawa,
Kadang-kadang kita menangis sepi,
Perjalanan ini mengajar kita,
Untuk lebih mencintai,
Dan menghargai apa yang kita ada

Tetapi kekasih,
Andai perjalanan ini terhenti di sini,
Maafkan aku kekasih,
Mungkin perjalanan ini satu mimpi,
Yang bila kita tersedar,
Kita bersyukur kerana semuanya telah berakhir.

Aku ingin bahagia.

Kamu ingin bahagia.

Mungkinkah kita akan bermimpi mimpi yang sama?
Atau ia sekadar mimpi di siang hari?

Wallahualam

Kalau orang tanya, saya suka shopping tak? Saya akan buat muka pelik sambil jawab, gile kau tak suka! Oh yeah!! Saya suka shopping. Kalau ada masalah, terapi terbaik adalah shopping dan makanan yang heaven. Tapi masalah sekarang adalah saya berbadan comel.Sangat susah nak dapat baju yang sepadan tanpa perlu alter. Nak cari maxi, blouse, cardi, sangat susah ok. Tapi kini tidak lagi dengan KZNabihah Boutique. cewah!!

Dalam banyak-banyak design yang ada di KZNabihah Bo
utique ni, ada satu yang paling saya minat dan dalam target untuk dirembat.

ITS GADILIA MAXI DRESS!!

Kenapa saya suka maxi dress ini?
  • Sebab ia sangat rare, jarang jumpa kat mana-ma online shop yang lain.
  • Ada banyaaaakkk saiz; dari yang kecil hingga ke plus size.
  • Harga yang berbaloi-baloi.
  • Ada pilihan warna yang pelbagai dan vibrant.

Sebab tu saya suka Gadilia Maxi Dress ni!!!


Jom kita kenal owner KZNabihah

  • Orang Kluang hokay!!
  • Sudah di reserved by someone who deserved her :)
  • Baru sahaja memenangi Anugerah Best Shopping Blog di World Blogger & Social Media Awards 2012. Osemnya!!!

Anda nak join GA ni juga?

Buat 1 entry paling best mengenai blog KZNabihah.
Tulis review mana-mana item kegemaran yang mereka jual.
Letak link blog KZNabihah Boutique & link fans page facebook mereka; trendy shawl.
Dan jangan lupa letak banner KZNabihah sekali.

TARIKH TUTUP :
20 MARCH 2012 , TEPAT 3 PAGI..


Yang bertuah akan mendapat :
STRIPY KIMONO CARDIGAN.
PEMENANG AKAN DI PILIH SEPENUHNYA DARI PIHAK KZNABIHAH.
HADIAH AKAN TERUS DI POS PADA HARI ESOK JUGA

Apa tunggu lagi. Jom join!! ^__^


Kalau kita ada satu hari lagi,
Kenapa kita pilih jalan yang ini,
Melukai hati sesama sendiri,
Dan akhirnya kaku dan melangkah pergi..

Kalau kita ada satu hari lagi,
Bisakah kita berpegang pada janji,
Untuk saling melindungi dan mempercayai,
dan menerima kekurangan diri..

Tapi hari ini tidak akan kembali,
Adakah cinta ini sudah mati,
atau menanti hati bertaut kembali,
Oh tuhan, berikan aku rindu itu sekali lagi..

Sumber : Sini


Kalau sudah cinta,
Pasti ada jalan untuk bersama.

Kalau sudah jodoh,
Biar dinding diroboh,tapi hati tetap utuh...



18 March 2012

Andai lelaki tahu..

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah m
encintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu dgn kamu, dia benar-benar maksudkannya.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan berkata kasar, dia bukan bermaksud utk berkasar, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan
mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuata
n tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

Source: Sini

p/s : i.love.you

Hari ni, ayin nak share satu cerita. Cerita pasal dunia sekarang yang tak habis-habis nak menipu orang. Nak sewa rumah pun boleh tipu-tipu. This is true story yang kawan saya kena sendiri. Just nak share sebab simpati pada pasangan ini yang sering dilanda dugaan. Walaupun tak serapat mana,but i hope this will help u dear. By the way, selamat pengantin baru gojez!

Assalamualaikum =)

ok la.b4 kery cerita lebih lanjut pasal majlis, kery nk bukak dulu cerita pasal lagi kes penipu ni.

lg nk kawen lg duit keluar mcm air lagi ramai amik kesempatan utk menipu org yg lurus macam kitaorg ni.

1stly mayb salah kami cepat percaya org.

jahat btul org2 zaman sekarang.tanpa segan silu amik hak org lain. kesian kat mir sbb die tu anak org susah, susah payah die kumpul duit nk kawen n nak kasi kery tempat berteduh selepas berkahwin senang2 je penipu ni ambil duit.

ok cerita nye begini.

dari bulan 10 tahun lepas kami sudah melancarkan operasi mencari rumah sewa secara besar-besaran.pantang je cuti kami round semua tempat cari rumah. tp ye la,bukan main kaut je sebarang rumah, ade kriteria yg perlu kami patuhi.

1st, kene dekat dgn rumah kakak (sbb kakak yg request, senang die ckp if die perlukan pertolongan pape). 2nd, kene tengah2 between taman tun dr ismail dan UPM. so senang utk kami pergi berkerja la.

so sepanjang pencarian , either sewa rumah tak mengena budget kami or rumah tu sudah di book.mmg sedih sgt.

masa berlalu, sudah masuk januari. rumah tak dapat lagi. pastu rata2 rumah sewa semuanye kemasukan march.KECUALI SATU rumah ni, yg kononye memerlukan penyewa rumah urgent, awal feb dah kene masuk.

so kami pun tengok rumah itu.agak uzur.tp boleh la utk duduk sementara b4 dapat rumah elok sket.n lokasi pun tengah2 antara upm n kl.

mase nk bayar deposit tu ekceli kery dh rase tak sedap hati.siap pesan kat mir takot kene tipu.tp mir cool mcm biase, ckp tawakal je.so pembayaran dibuat. silap kami tak amik any agreement..so ingt ye,if anda2 nak menyewa pls b4 bayar deposit MINTA AGREEMENT!!!

Then lagi 6 hari mahu majlis, kami bawak masuk pindah barang, n tetibe kery ditegur oleh seorang perempuan (kak ima)

kak ima: adik ni siapa.
kerry: ????????? (muka pelik).
kak ima: buat ape kat sini?
kery: pindah masuk barang kak.
kak ima: pindah masuk barang?awk sewa rumah ni dgn siapa
mirza: dgn adam kak
kak ima:adam ke aduka?
mirza : ha aduka.kenapa kak
kak ima: dik, akak ni tuan rumah ni.mcm mana plak adik boleh sewa kat aduka?


mse dgr die ckp tu terus kery terduduk!!!!sbb tak sangka ketakotan kery menjadi kenyataan!!!!!

budak tu jahat sgt.bila mir msg ckp yg kami dh tau sape die sebenar, die boleh balas "shoud i care"..berlagak gila kan???????? b4 tu mir ade gak contact die utk jumpa konon2 nk sign agreement. tp die dh tak reply msg or angkat kol.die dh tahu la tu.

sedih sgt bila ingt blk, sbb kami bukannye org senang lagi2 mirza yg mmg org susah.senang2 je depa amik duit org!!!

then hasil siasatan mir, mir dapat no contact adik dia n alamat family.n mir jugak bijak sbb amik gambar kereta penipu tu (take note semua). so semua tu mir dah serahkan kepada pegawai polis.

yg sakit ati sangat, kery try contact adik dia. MUA dari QLA TOUCH (boleh la search kat fb),tapi ape kery dapat? MAKI HAMUN!! janji nak tolong, tp maki hamun yg dia bagi.yg die peduli mana kery dapat no fon dia.bukan die peduli abang dia dh amik duit orang!!!!adik bradik sama2 penyangak!!

pdhal kery ckp baik2 kat dia, marah2 pun tade la sampai carut marut ke maki2 ke.paling2 kasi kata2 nasihat je kot2 die nk kesian or insaf sbb dapat abg penyangak.

kot la si qila tu nk kesian ke kan.harammmmmmmmmmmmm.siap dapat makin hamun dari dia lg ade lah!tak boleh blahh siap ckp nk report polis sbb kerry ugut dia.aku ugut ape wehhh aku ugut nk heret kau ke balai polis sbb kau tanak berkerja sama!!

kalao aku la,ade ahli keluarga aku menipu org, aku akan tlg jugak even itu ahli keluarga sendiri! aku sendiri malu nk ngaku tu abang aku weh kalau die penipu!!!!tp aku akan tlg gak la even sket.. lau mir tu anak org kaya aku tak kisah weh, bapak guard je, mak noreh getah nk hantar anak2 p belajar.mir tu keje tak sampai setahun. nk kumpul duit kahwin dgn aku ni pun makan magi hari2 kot, kau senang2222222222 je amik duit laki aku!!!!


so aku nk minta tolong korang, share kan link2 kerry ni. sesiape kenal budak ni, please la contact kerry kat mirzakerry@gmail.com. pls give me his latest address or no phone.boleh kerry serahkan kat pegawai polis yg handle kes ni.dak ni bukan saje dh tipu duit mirza, tp die tak bayar sewa 2 bulan dah kat kak ima.tak ckp dgn tu dia siap pasang mangga kat umah kak ima tu sebab kononnye sayang sgt kat rumah tu.dah la kurang hajar, mak bapak hidup lagi kate dh arwah.ape jenis punye anak la kau ni.

nah ni aku tempek gambar n details dia. pls pls pls sesiape kenal dia pls contact saya.tolong la kami dpt blk duit tu weh.kesian sgt kat suami saya :(



ADUKA BIN AB WAHAB
(019-3035569)
NO.AKAUN MAYBANK: 162339056334

pesanan pada aduka : minta maaf aku terpaksa buat macam ni sebab kau sangat la melampau2 n berlagak!!!!tak takut lansung dah buat salah. TOLONG PULANGKAN DUIT RM1550. Kalu tak kami TAKKAN tarik report polis pasal kau n jugak post ni.biar awek2 n kwn2 n kaum keluarga kau tahu betapa penyangaknye kau. kau bayar balik duit kitaorg baru aku tarik post ni ok!bestkan kau dapat duit org kumpul penat lelah kau sapu macam tu je!! kat dunia kau maybe boleh terlepas.tp kat akhirat???aku haramkan sesen kau guna duit kitaorg tu!!semoga kau cepat2 bertaubat, jangan sampai nyawa nak ditarik baru kau nk bertaubat.takutlah dgn balasan ALLAH S.W.T!! report polis dah buat,semua bukti dah kasi kat polis, semua no fon adik kau, mak bapak kau n diana tu pun kami dah kasi kat polis.kau tunggu je la.sure tak aman hidup kau!!!

pesanan pada nor syakilah (owner qla touch): terima kasih sebab 'membantu' saya.terima kasih sbb mempunyai 'hati dan perasaan'. smoga business make up awk bertambah maju. nanti krem salah kat abang awk. n peluk cium dia sebab telah berjaya membuat saya depress berhari2.oh btw, semoga awk akan rasa apa yg saya rasa satu hari nanti, so awk akan sedar apa yg awk sudah buat sebenarnya :)

sebab korang berdua aku menanges tak henti2 selama 4 hari berturut2!!!!!!!!!!!!!!!!!n mir jugak sgt depress pasal ni.duit dia ilang macam tu je.tau tak sampai kosong duit dia sebab die nk bayar rumah tu??????????????bodoh la kau aduka!!!

nak je aku kahwinkan aduka tu dgn syd charice tu!!!!

p/s:taip post ni dgn keadaan menggeletar satu badan.geram sgt!
Sumber : Blog Kerry

Jadi, berhati-hatilah dalam berurusan dengan sesiapa pun, terutamanya dengan orang yang kita tak kenal langsung. Selidik mana yang patut, mesti ada black and white sebelum apa-apa bayaran dibuat. Pada sesiapa yang ada maklumat atau mengenali individu tersebut, bolehlah berhubung terus dengan Kerry melalui blog beliau. Sharing is caring. Semoga Allah merahmati kalian yang membantu mereka yang teraniaya ni.love.

19 February 2012

Officially RESERVED

Sekian lama menghilangkan diri, tetiba buat teringin nak buat come back. Teringin nak conteng pasal macam-macam. Teringin nak rajin check komen bila dah update entry, walaupun selalu ending dengan rasa kecewa. Kehkehkeh

Well, im engaged!!wee~

Majlis serba sempoi, serba simple, yet happening. Jadi tiada kad, tiada hebahan kecuali pada kawan-kawan terdekat. Pelamin pun takda sebab menghormati permintaan mama. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan baik. Yippie.

Insya Allah, lepas ni, entri mungkin akan lebih banyak pasal vendor-vendor perkahwinan, photographer, videographer, catering, dan yang berkaitan dengan wedding. Bukan untuk poyo, tapi untuk share dengan anda semua apa yang baik dan tidak supaya wedding kita semua berjalan dengan lancar. Yay!

So, di sini saya nak announce sesuatu;

I am officially RESERVED!

^__^

Mereka SUPER BEST


:: Si Gula-gula Hati ::

© 2010, AYINWEEWEET.blogspot.com
All Rights Reserved | © 2010 |
This blog design is built and designed by