08 February 2011
Cocktail Roll With Bread Crumbs
Saya tak pandai memasak. Setakat air, megi, nasi putih, lepaslah. Sebab tu tak ada orang nak kat saya T T
Tapi hari ini, sangkaan kalian meleset sama sekali. Saya memang mewarisi bakat memasak mama saya. Bukti, mama makan nasi goreng saya sampai habis. Walaupun mama enggan mengaku bahawasanya nasi goreng saya sedap, tapi saya tahu *gelak besar*
Hari ini, saya bukan nak mengajar cara-cara memasak nasi goreng ya, Hari ini resepi kita adalah Cocktail Roll with Bread Crumbs . Nama punya glamer, nama melayu eh Sosej Gulung dengan Serbuk Roti. Aww. Kampung! Pandai-pandai letak nama sendiri. Ampun ya Kak Atie, tuan punya resepi. hehe Resepi ni sangat senang bagi ibu muda, remaja tak tahu masak, atau wanita berkerjaya macam saya.Well, masa itu diamond! HAHA Jom try!
Bahan-bahan dia; Sosej coktail ikut kesukaan sendiri, roti, dan serbuk roti yang boleh dibeli di kedai membuat kek. Murah je. 200gram untuk RM3.
Bahagian tepi roti tu dipotong togel. Bagi jadi putih gebu macam di atas ni. Tapi kalau rasa malas nak buang, ikut koranglah. Tekak sendiri kan.
Lepas potong bahagian tepi roti, gelek roti anda senipis yang boleh. Saya tak ada penggelek jadi guna botol sos je. Bersihkan dulu sebelum gelek.
Tips: Roti digelek nipis untuk elak minyak menyerap masuk dalam roti dengan jayanya. Tak nak gelek juga? Ikut kamulah HAHA
Dah siap gelek, sampul kan sosej cocktail tadi dengan roti. Celup dengan telur, dan diakhiri dengan serbuk roti tadi. Oh, jangan lupa letak garam secukup rasa dalam telur supaya tak rasa tawar sangat.
Ini rupa sebelum goreng. Bahagian tepi roti tu saya tekan-tekan supaya dia melekat sesama sendiri. Lekatkan guna telur tadi tau. OK. Goreng sekarang.
Tadaaaa!! Siap. Nampak sedap tak? Memang sedap....
Boleh dimakan dengan sos atau mayonis; ikut pilihan hati
Selamat mencuba!! >__<
p/s : Apa nak buat dengan lebihan roti tadi? Tunggu entry saya yang seterusnya. *wink*wink*

Comments (6)
wah2.. mcam sedap.. blog yang cantik.. orang pun santik..
terima kasihhhh!!! saya dah faham cikgu...sangat mudah...dan senang difahami metod yg cekgu gune ini... :D
cedapnye.. dni suka :D
@Daleelahahaha terima kasih.*blushing*
@D@y@Hbagus.buat sekarang HAHA
@ardinihumairaSilalah cuba ye dini :)