Guru tidak terbeban kerja

SAYA ingin memberi reaksi kepada pandangan saudara Norhisyam Mohamad dari Kuala Kedah di ruangan ini pada 3 Februari 2011 mengenai Jawatankuasa Khas mengkaji beban tugas guru.

Masyarakat Malaysia sering kali diperdengarkan dengan keluh-kesah warga guru yang mengatakan mereka banyak kerja, kerja sampai ke rumah, waktu cuti pun dipanggil bekerja dan seribu macam lagi. Namun tidak ada statistik sebenar yang menunjukkan bahawa warga guru ini adalah benar-benar dalam keadaan tertekan.

Saya telah berkhidmat sebagai guru mulai Disember 1992 sehingga kini. Saya berasa malu dan bersalah jika mengaku terbeban dengan kerja mendidik. Rasionalnya:

* Hampir setiap guru hanya akan diberikan tanggungjawab mengajar minimum dengan enam waktu seminggu dan maksimum 25 waktu seminggu. Secara purata ramai daripada di kalangan guru hanya diberi waktu mengajar 16 waktu seminggu. Satu waktu bersamaan 30 minit atau paling lama 40 minit. Secara purata kebanyakan sekolah rendah atau pun menengah menggunakan satu waktu bersamaan dengan 30 minit sahaja. Purata waktu mengajar guru ialah 16 waktu X 30 min= 480 minit atau lapan jam seminggu iaitu bersamaan satu hari bekerja penjawat awam yang lain.

* Tugas-tugas khas selain daripada kurikulum akan diberikan dengan agihan saksama. Berdasarkan pengalaman saya sebagai pengurusan sekolah, seorang guru akan diberikan satu tugas khas dan satu tugas kokurikulum. Misalnya, jika seorang guru diberikan tanggungjawab guru kelas atau tingkatan, ketua rumah sukan, ketua persatuan atau kelab dan jawatan berupa tanggungjawab ketua, maka guru tersebut tidak akan diberi tanggungjawab lain kecuali sekolah kekurangan guru.

* Tugas menanda buku kerja pelajar, menanda kertas ujian atau peperiksaan dan menyediakan kertas soalan adalah tugas hakiki guru.

* Guru-guru wajar mengetahui dengan jelas tugas hakiki mereka. Jika tidak mengetahui, sila rujuk kepada SPP [Panduan tugas hakiki Pegawai Perkhidmatan Pendidikan].Tolong rujuk Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Guru, Visi, Misi dan Objektif Kementerian Pelajaran. Lihat juga Tonggak 12 dan semua jenis Perintah Am, Pekeliling Perkhidmatan dan panduan-panduan perkhidmatan guru yang lain.

Guru sebenarnya tidak terbeban dengan tugas hakiki yang ada kecuali mereka sendiri yang membebankan diri mereka. Alasan saya:

* Ramai guru yang terlibat dengan pelbagai aktiviti ekonomi seperti jualan langsung, insurans, jualan runcit (kain tudung, baju, kain pasang, tuisyen, kedai burger dan seribu macam lagi). Cuba rujuk laman sesawang seperti Facebook, kita akan jumpa kebanyakan penjawat awam termasuk guru menguar-uarkan produk jualan mereka dalam Facebook.

* Masa mengajar bukanlah berterusan. Pihak pengurusan sekolah tidak akan berlaku kejam. Setiap guru ada masa senggang. Misalnya, jika guru A telah mengajar tiga waktu sebelah pagi, maka pada waktu empat dan lima, lazimnya beliau akan rehat. Ada juga yang tidak mengajar seharian.

* Guru teknik, guru vokasional dan guru Kemahiran Hidup mempunyai masa mengajar yang lebih senggang. Ada di kalangan mereka yang mengajar tiga hari sahaja dan dua hari akan bercuti daripada mengajar. Purata mereka mengajar tidak lebih daripada 14 waktu seminggu kecuali guru yang mengajar Kemahiran Hidup. Ada yang sempat mengambil projek membuat pagar, membaiki kenderaan luar, mengecat kereta luar, membuat pendawaian rumah dan bermacam kerja lagi dalam waktu kerja.

* Ustaz-ustaz juga tidak ketinggalan menyampaikan ceramah berbayar di merata tempat tetapi tugas hakiki mendidik pelajar terabai. Kalau tidak masakan ada pelajar yang masih tidak mengenal huruf jawi dan tidak boleh membaca al-Quran.

* Guru-guru juga sibuk dengan kejohanan sukan diri sendiri, bukan untuk pelajar. Ada yang terlibat dengan kejohanan sehingga semingu lamanya, sedangkan ia hanya peringkat dalaman sahaja. Jika peringkat kebangsaan hanya setakat itu sahaja kerana tidak ada kejohanan sukan dunia untuk warga pendidik. Masalahnya anak murid yang terabai maka berlakulah guru tidak habis silibus.

Saya meminta mana-mana pihak, terutama golongan guru, agar memberi dan menunjukkan bukti imperikal bahawa mereka (lebih kurang 126,171 guru lelaki dan 279,545 guru perempuan) adalah dalam keadaan tertekan. Tunjukkan juga berapa ramai guru yang dirujuk kepada Lembaga Perubatan kerana masalah mental disebabkan ‘Beban Tugas’.

Saya menyeru semua warga pendidik iaitu guru, Pensyarah Guru, Pensyarah IPTA & IPTS agar menilai diri dan memahami fungsi kita sebagai pendidik. Jika kita tidak boleh, maka ada pekeliling yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk kita melepaskan jawatan kita dan carilah kerja yang sesuai dengan kita.

Mokhtar Sabah

Keningau, Sabah


FAKTA:

1.   Tidak semua guru bernasib baik macam En Mokhtar yang hanya dapa 15 masa seminggu. Guru di sekolah saya ada yang dapat 30 masa seminggu. Purata 6 masa sehari. Belum campur waktu menjaga pelajar ketika solat (waktu petang). Oh bertuah sungguh En Mokhtar  mengajar di sana ya. Ada kerja kosong?

2.   Tugas-tugas khas dibahagi sama rata? Sorang hanya dapat satu tugas sahaja? Maaf sekali lagi en Mokhtar. Di sekolah tempat saya bertugas,selalunya, yang berbakat dan berkaki lebar itulah selalunya yang menjawat jawatan-jawatan utama. Dialah guru data, dialah setiausaha HEM, dialah guru kelas, dan sebagainya

3.  Terlibat dengan jualan langsung salah ke En. Mokhtar? Atau En. Mokhtar mahu kami menyara keluarga kami dengan duit gaji yang kami dapat setiap bulan semata-mata.  Tolak duit pergi kursus (sebab sekarang sudah tiada claim mileage), tolak yuran KEBIRU,tolak bagi duit pada pelajar untuk papan tanda KOKU, dan hutang-hutang yang lain, apolah yang tinggal.

4.  Masa mengajar memang tak berterusan. Tapi jangan lupa, relif yang menunggu kami ya En.Mokhtar.

5.  Cikgu KH tak banyak kerja ya. Mungkin En. Mokhtar ni cemburu dengan cikgu KH kot. Mungkin juga En.Mokhtar ni sedang bercakap tentang diri beliau sendiri. En. MOkhtar, kalau dah nama cikgu, tak akan lari ke mana pun rileks tu. Kecualilah kalau dia ni termasuk dalam golongan pentadbir yang memang jadual mengajar tak banyak, tak nak masuk relif,tak ada pegang jawatan-jawatan lain. Ha.. Mungkinkah En. Mokhtar ni golongan tersebut tu kot?

Komen anda?

Comments (8)

On Sunday, February 13, 2011 8:41:00 PM , ZR said... [Reply to comment]

3 kak ipar saya adalah guru, 2 drpd suami mrk adalah guru & ibu mertua saya adalah uztazah...saya fhm masalah guru...guru zmn 70-an dan guru zmn milinemium adalah x sama...semua pekerjaan ada beban tugas ye dan ada stress ye...sama2 kita menghadapi ye dgn tabah...

 
On Sunday, February 13, 2011 8:49:00 PM , Eija Hassan said... [Reply to comment]

c=keje cikgu sgtt stress.
nak lg ngan prangai bebudak skrg ni.haha~

 
On Sunday, February 13, 2011 9:16:00 PM , ayin~weeweet said... [Reply to comment]

@Kazaztan Teamterima kasih kerana memahami tugas kami

 
On Sunday, February 13, 2011 9:16:00 PM , ayin~weeweet said... [Reply to comment]

@Eija Hassanstress!!!cubit xboleh.rotan xboleh.biar mereka pijak kepala cikgu jelah

 
On Sunday, February 13, 2011 9:28:00 PM , || A r a W a n i || said... [Reply to comment]

Saba jek la..
semua keje ada stressnye...


Hihihi..

 
On Sunday, February 13, 2011 10:34:00 PM , Cikgu Hairul said... [Reply to comment]

En Mokhtar bercakap macam tak pernah mengajar jer. Bertuahnya dapat 16 waktu. Kalau murid ada 70 orang dari tingkatan 1-5 mungkin boleh kot. Try la mengaja kat sekolah yang ada 5000 orang murid dan guru hanya 150 orang sahaja.
Duduk di kawasan luar bandar boleh lah cakap senang.Apa yng jelas di sini,saya boleh rumuskn bahawa En Mokhtar berada di zon yang sangat selesa

 
On Monday, February 14, 2011 10:37:00 PM , ayin~weeweet said... [Reply to comment]

@|| A r a W a n i ||ya,sedang bersabar dengan tabah hehe

 
On Monday, February 14, 2011 10:37:00 PM , ayin~weeweet said... [Reply to comment]

@Cikgu Hairulcouldnt agree more!!

 

Mereka SUPER BEST


:: Si Gula-gula Hati ::

© 2010, AYINWEEWEET.blogspot.com
All Rights Reserved | © 2010 |
This blog design is built and designed by