Selalunya, ramai orang komplen, orang gomen ni kerja malas. Selalu mengular. Buat kerja macam tahik. Slow. Penuh demokrasi. Eh salah. Birokrasi. Panjang kata, lebih banyak buruk daripada yang baik. Dan selalunya, komen-komen ini datang daripada mereka yang kerja swasta yang terkenal dengan sifat disiplin dalam bekerja (katanya..). Oic. Saya sendiri orang gomen, yang tiap-tiap bulan beratur di mesin ATM untuk keluarkan gaji hasil goyang kaki tu. Woho~ Biadap sungguh kalau kau berfikir begitu ya murid-murid. 

Saya tak mengiakan, mahupun menidakkan. Semua itu bergantung kepada penilaian masing-masing. Selalunya, komen-komen macam ni berlaku kerana mereka yang bekerja sebagai front line jabatan tidak cekap. Contohnya orang selalu cakap, BSM (bukan bank sebenar) lebih tahik berbanding di bank CIMC (bukan bank sebenar juga) kerana BSM adalah bank bersangkut paut dengan kerajaan. Macam tu juga dengan hospital. Sebab itu orang lebih suka pergi hospital swasta berbanding kerajaan kerana menyangkakan mereka akan dilayan macam anak raja kalau pergi swasta. Eh. Memang. Itu tak dinafikanlah. Sebab apa sahaja layanan yang diberi, semua di caj dalam bil. Sebab awak anak raja, bayar sahaja ya.

Tapi, yang air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Pengalaman telah mendewasakan saya bahawasanya, kadang-kadang perkara yang berbayar mahal ini lebih tahik berbanding perkara yang free itu.

1. Saya demam. Saya kalau setakat demam kura-kura, memang saya biar je. Super woman lah katakan. Tapi kalau dah tahap pergi hulur dahi kat doc, makanya memang saya betu-betul demam. Suasana dalam klinik lengang. Good. Tapi saya tetap kena tunggu lebih kurang 30min sebab ada patient tengah bersunat. Finelah. Harap-harap demam saya belum sempat kebah lah, kalau tak memang saya blah terus. Bila dah dipanggil, saya tengok doc tu acuh tak acuh. Dia suruh saya duduk tanpa pandang ke arah saya pun. OK. Warak kot. Sambil dia ambil suhu, dia asik pandang komputer dia. Dang~ Dia main facebook masa tengah merawat patient! Lepas tu senyum-senyum tak tentu pasal, dan biar je saya kat tepi macam patung bernyawa. Dan sepatutnya nurse yang dibayar gaji untuk membantu tu, tolong-tolonglah sediakan peralatan. Ni doc tu yang terkejar-kejar cari macam-macam. Sudah serupa kartun. Maybe dia terkejar-kejar sebab takut lambat reply chat wife dia yang kesunyian. And yeah,saampai sudah, dia lebih layan facebook daripada melayan saya. Dan  akhirnya saya di caj RM80++ di atas perkhidmatan beliau.

2. Mama nak buat rawatan gigi. Nak cantik, baru konfiden nak senyum dengan orang lepas ni. Masuk bilik rawatan selepas 30 minit menunggu sebab doc pergi rehat. Doc check gigi mama sambil komen macam-macam. Itu ini begitu begini. Suara sudahlah macam nak marah budak sekolah tak siap homework, expression muka lagi lah. Mama sudahlah jenis orang yang paling susah nak jumpa dentist, diherdik  macam tu, mahu tak nervous. Last-last doc cakap, RM120, siap seminggu. Boleh? Lepas tu doc pergi jumpa patient lain. Mama cakap, nantilah. Kita balik dulu. Padahal saya tahu, mama terkejut sebab dilayan macam budak-budak.Bila kitorang kata nak balik, dia tarik muka macam kitorang ni tak berduit. Sebelum balik, kitorang sempat dengar dia marah patient sebab mak patient cakap, gigi anak dia sakit bila makan. Tapi bila check, semua ok. Haih. Kalau tak sakit, buat apa nak dermakan duit tak tentu pasal kat dia. Kalau betul pun tak ada apa-apa, tak perlulah nak meninggi suara bila bercakap. Last-last, dapat juga jumpa dengan dentist yang sangat baik hati dan melayan mama dengan sangat baik. Nah, terus bayar RM1000++ atas perkhidmatan yang sangat baik tu.

Comments (4)

On Monday, February 07, 2011 10:00:00 AM , azliah mohamed said... [Reply to comment]

biasalah tu..mana ada yg perfect pun...tgk keadaan jugak.tp nowadays hospital gomen ada yg dah professional...hehe..blog ni cantik so saya follow...173

 
On Monday, February 07, 2011 10:41:00 AM , ayin~weeweet said... [Reply to comment]

@::astonishing az::tp klu dh rawat kite sambil men facebook mcm bkn kebiasaan kot :)

 
On Tuesday, February 08, 2011 1:00:00 PM , D@y@H said... [Reply to comment]

ahhh same je sume kot... gomen ke swasta ke.. sume same.. so now jmpe doc pn ikut nasib.. klu dpt doc ok..ok lah servicenye..klu tak..mmg tak ok...

 
On Wednesday, February 09, 2011 8:56:00 PM , ayin~weeweet said... [Reply to comment]

@D@y@Hbetul.klu duit lebih upah doktor keluarga sndr.br layanan vvip hehehe

 

Mereka SUPER BEST


:: Si Gula-gula Hati ::

© 2010, AYINWEEWEET.blogspot.com
All Rights Reserved | © 2010 |
This blog design is built and designed by