Malam-malam yang sudah, mulut ni rasa macam tawar semacam. Dah lama tak main masak-masak cookies yang sedap dap dap. Sebenarnya, sebelum ni selalu buat ikut resepi lain. Kali ni, guna resepi ala ala famous amos yang sedap tu. Jadi ke tak? Kita tengok nanti.

Resepi Famous Amos Wannabe
Sumber : Cik Nuwairani comei lote

 
 Bahan-bahan
150 gram butter
1 cawan minyak - saya guna minyak biji matahari
1 biji telur
1 sudu besar susu segar
1 sudu kecik esen vanila
1 cawan gula - saya tak masukkan
1 cawan gula perang - saya guna 3/4 cawan
4 cawan tepung
1 sudu kecil garam - tak guna juga
1 sudu kecil cream of tartar - saya ganti dengan emplex
1 sudu kecil baking soda
1 cawan kekacang -  saya guna hazelnut
2 cawan choc chip

Cara-cara
1. Masukkan butter, minyak, telur, susu segar, esen vanila, gula ke dalam mangkuk. Pukul hingga sebati.
2. Masukkan tepung, garam, cream of tartar/emplex, baking soda, kacang, dan choc chip. Uli.
3. Letak  adunan yang sudah dibentuk ke dalam tray.
4. Bakar di dalam oven dengan suhu 175 darjah lebih kurang 10-15 minit.


p/s : 
1. Jika adunan lembik, tambahkan tepung ikut keperluan.
2. Saya guna choc chip Hershey's sebab choc chip dia melt dan lembut bila dibakar.
3. Tak suka manis? Boleh kurangkan gula. Tak suka hazelnut? Boleh tukar ikut kacang kesukaan anda.
4.  Tips jika mahukan cookies yang berbentuk cantik berbanding leper - selepas siap mengadun masukkan dlm fridge 30 minit, selepas tu boleh disudukan ke dlm dulang pembakar atau guna tangan, juga in between membakar simpan adunan dalam fridge supaya ia tidak cair. - sumber Nuwairani
 

Short review tentang kereta nasional terbaru,proton preve

1.design ala ala kia forte n honda city.nampak sleek dan kemas.

2.bonet besar gile.kalau nak menyorok dlm bonet kete mmg xda sapa akan jumpa.

3.enjin turbo.vroooom guna enjin cpe

4.harga mampu milik.paling mahal pun cuma 72+++.sesuai kepada sesiapa yang nak tukar kereta baru.

5.electronic car.tiru forte.hahaha



Published with Blogger-droid v2.0.4
28.09.2012


Once in a while,
Right in the middle of an ordinary life,
Love gives us a fairy tale..


Selain pelamin, baju nikah & sanding, jurugambar, doorgift, dll, ada satu perkara baru yang bakal pengantin sering titik beratkan. Guestbook. Guestbook ni selalu diletakkan di satu sudut hadapan rumah pengantin. Tujuannya adalah untuk tetamu menulis nota, komen, ucapan, dan mungkin gurauan-gurauan comel kepada pengantin baru. Guestbook ni terpulang pada pengantin tu sendiri. Nak murah, mahal. Nak biasa-biasa, atau yang ohsem.

Guestbook impian saya
  • Cover depan ada paper flower yang rimbun-rimbun. Color theme, yellow white. Lagi cantik kalau ada quilting yang comel-comel.
  • Kat dalam ada doa untuk pengantin (ehemm), ucapan dari kami. Baru nostalgic
  • Then tetamu bagi ucapan dan letak gambar guna polaroid camera. Double nostalgic. 
Pendek kata, nak design macam ni; yang super ohsem... 





Panjang kata pulak...

Kalau nak guestbook yang super ohsem macam di atas, yang buat korang tersenyum sepanjang zaman, boleh singgah di shareyourlovewithcards untuk ordasaja

Good news kepada bakal pengantin yang suka join kontes seperti saya!!

shareyourlovewithcards bermurah hati untuk buat GA dan menawarkan free guestbook abaq ang..

Tarikh tutup adalah pada 30 April 2012. Cepat cepat sebelum terlambat.

Info? Klik sini yo!

p/s : Hepi 2nd anniversary of shareyourlovewithcards yeah ^__^


Antara ramai-ramai blogger (ramai ke) yang pernah datang sini, ada sorang blogger famous amous yang pernah datang dan telah jadi follower kat blog cikai ni. Masa first time ternampak blogger ni follow, rasa macam wow wow wow.. Dia yang hebat sudi merafak sembah ke blog hamba yang hina ini. cewah. terharu. *sobsob*

Beliau adalah....

Abang eqbalzack, owner eqbalzack.com

Dia kacak. Educated. Baik. Dan yang paling penting dia BUJANG. ececeh. Bujang tapi mungkin sudah tidak available. Tak apa. Saya pasrah siket je. Dan sekarang, abang eqbal sedang promo untuk DIGI WWWOW AWARDS. Oleh sebab saya woowww kerana dia sudi datang dan follow blog ini, maka saya dengan rela hati nak promo pada rakan-rakan supaya sudi jengah blog beliau dan bagi sokongan penuh tidak berbelah bahagi ya.

Sekarang, abang eqbal sedang bermurah hati untuk menghadiahkan kita si peminat, badge DiGi WWWOW AWARD yang ada gambar beliau lagi, ehemmm.. Pakai ke mana-mana tanda sokongan, tanda ingatan, dan tanda kasih sayang. *kehkehkeh* Macammana nak dapat?

1. Jadi follower dan LIKE facebook fan page beliau -DONE
2. Letak icon button beliau di side bar/entry anda dari 12 April hingga 13 Mei 2012. - DONE
3. Tulis entry berkaitan eqbalzack.com dan penyertaan beliau di dalam DiGi WWWOW AWARDS dengan link ke blog beliau -DONE
4. Hantar maklumat anda dalam borang yang disediakan dalam blog beliau -DONE
5. Plus, sesiapa yang masuk contest ini, ada peluang besaaaaaarrrrr untuk dapat handphone mahal dalam contest seterusnya. wooohoooo.

Apa lagi, jom promo, sebar, dan vote!!!
Abang eq.. u've got my vote babeh...HAHAHA


"Suram. Hati pasangan di depan saya ini sebenarnya telah lama suram. Saya boleh lihat. Air muka, bahasa badan, malah pasangan ini saling mengelak untuk tidak memandang antara satu sama lain. Sang lelaki lebih kerap memandang telefon bimbit berbanding memandang sang perempuan. Sang perempuan hanya menundukkan wajah, kadang-kadang menguis lantai yang tidak kotor. Sang lelaki akhirnya bersuara dengan suara yang cukup perlahan. Tenang dan tidak bereaksi. Sang perempuan tekun mendengar, mungkin mengharapkan ada sinar di hujung perjalanan ini. Tiba-tiba sang lelaki bangun, masuk ke dalam kereta, dan meninggalkan sang perempuan terkesima seribu bahasa. Aku melihat ada titik-titik jernih di hujung matanya. Menghela nafas yang panjang, beliau bangun dan meninggalkan tempat itu dengan seribu perasaan di dadanya."

Kenapa kita perlu cinta dalam hidup? Kenapa kadang-kadang,bila kita rindukan seseorang, terasa ada satu selumbar kecil di dalam hati? Pedih dan perit. Kenapa kadang-kadang kita masih lagi di berdiri di jalan yang sama,seperti setahun,sedangkan kita tahu,dia tidak akan berpatah kembali?

Ada satu jawapan.

Kerana cinta,rindu, dan sayang itu sebenarnya memberi kita nafas untuk meneruskan hidup. Kita perlu cinta kerana ia sumber kekuatan dan memberi emosi yang sangat kuat dalam kehidupan kita. Kadang-kadang, kita tidak punya siapa, tetapi kerana cinta kepada Maha Agung buat kita yakin, hidup ini ada pesonanya.

Kita rindu kerana kita sebenarnya memberi ruang kepada diri kita,untuk mengingati apa yang pernah kita ada. Kita rindu kerana dalam hati kita, ada satu ruang yang masih kosong, yang penghuninya mungkin tidak pernah tahu,kita sedang merindu.

Tapi,kalau cinta dan rindu itu bukan lagi penghuni dalam hati, kenapa kita begitu tega membiarkan ia terus menanti? Tidak mahu menjadi zalim atau sebenarnya kita ingin menghukum diri sendiri?

Sumber : Google

"Antara aku dan kau, kita tidak boleh bahagia lagi. Rasa itu telah tiada. Kau boleh mencari bahagia yang kau impi. Maaf. Bukan bersama aku. Maaf juga kerana membuat kau menunggu. Aku telah mencuba, tapi semakin hati mendesak,semakin sukar aku rasakan. Kita tidak ada jodoh. Maafkan aku."

Mengucapkan cinta itu mudah.
Mengucapkan maaf itu payah.
Hate is easy,
Love takes courage

13 April 2012

Nota Sepi vol.1


Malam ini,
hati terasa sayu,
mengenang cerita kita entah yang ke berapa kali,
mengenang momen indah yang pernah kita lakari.

Kekasih,
Sudah jauh kita melangkah pergi,
Kadang-kadang kita ketawa,
Kadang-kadang kita menangis sepi,
Perjalanan ini mengajar kita,
Untuk lebih mencintai,
Dan menghargai apa yang kita ada

Tetapi kekasih,
Andai perjalanan ini terhenti di sini,
Maafkan aku kekasih,
Mungkin perjalanan ini satu mimpi,
Yang bila kita tersedar,
Kita bersyukur kerana semuanya telah berakhir.

Aku ingin bahagia.

Kamu ingin bahagia.

Mungkinkah kita akan bermimpi mimpi yang sama?
Atau ia sekadar mimpi di siang hari?

Wallahualam

Mereka SUPER BEST


:: Si Gula-gula Hati ::

© 2010, AYINWEEWEET.blogspot.com
All Rights Reserved | © 2010 |
This blog design is built and designed by