Esok adalah hari pertama bagi sesi persekolahan 2011. Jadi kepada murid memang gila heaven cuti lama-lama macam ni. Kepada guru-guru, separuh heaven je sebab still kena datang sekolah dengan mesyuarat-oh-gila-lama, dengan pendaftaran pelajar baru, dengan jaga exam, dengan induksi dan pelbagai lagi. So, bear in  mind. Kerja cikgu sebenarnya taklah best sangat, kalau orang tu kuat merungut dan merungut.

Memandangkan sekolah dah nak mula, haruslah kita pergi dengan semangat dan azam yang baru untuk memartabatkan institusi keguruan serta mendidik anak bangsa saya. Macammana nak ada semangat? Harus ada handbag baru, kasut baru, spek baru,  baju baru, buku baru, pen baru, alas meja baru, serta tidak ketinggalan jam baru walaupun masih tergendala shipment nya dari US nun. OK. Boleh dimaafin. Terima kasih kepada Budget Rosmah 2010 yang bermurah hati memberi kami RM500 tu. Ada rezeki, boleh beri lagi. HEHE

Kereta juga mesti berkilat-kilat. Dengan harapan anak murid dari jauh akan datang terkedek-kedek menghulurkan bantuan mengangkat beg-beg yang sarat dengan buku. OK. Yang ni, jangan berangan. Nan ado. Belum cukup berkesan Kempen Budi Bahasa yang saya lancarkan saban tahun. Dang~

Dan yang paling penting, hati yang suci dan muka berseri-seri mesti dan wajib ada. Maka, dengan penuh riang ria saya membayar RM50 kepada kakak cantik supaya segala daki dan kekotoran di muka dapat dihilangkan. Semoga kulit saya esok berseri-seri seperti kulit telur dilayang (?). Walaupun urutan muka beliau langsung tak buat saya stim (??), tetapi bolehla. Dan malam tadi, selepas mandi, baru saya perasan sesuatu. Muka saya sedang bertukar kulit. Dan esok sekolah. Yay. Esok muka yang berseri-seri akan bertukar menjadi bertompok-tompok. Terima kasih kakak cantik. Pianggg!

1. Pastikan kalau esok nak kawen, jangan buat facial sehari sebelum majlis. Tapi kalau nak tengok muka berkuping-kuping, silakan dengan hati terbuka.
2. Pakai pelembab muka supaya muka jadi lembab. Tapi jangan terlebih pakai, takut effect pada otak. Otak?...... ok. Lembab. HAHA
p/s: Maaf kerana entry ni carca marba. Masih tidak boleh terima kenyataan bahawasanya kulit muka saya sedang menggelupas. SOBSOB


Comments (7)

On Sunday, January 02, 2011 11:00:00 PM , Sayang Amirah said... [Reply to comment]

cis! terkena pada tips nombor 2 tu. hahaha

 
On Sunday, January 02, 2011 11:19:00 PM , ada mokhtar said... [Reply to comment]

selamat ke sekolah esok =)

 
On Monday, January 03, 2011 12:35:00 AM , Nurul a.k.a Riko said... [Reply to comment]

Ahkak pun dah lamer tak gi facial. Beshnyer dapat memanjakan muka tapi tu lar...tak ada masa nk gi facial nie...huk..huk..huk..*cedihnyer*

 
On Friday, January 07, 2011 12:53:00 AM , ayin~weeweet said... [Reply to comment]

@Sayang Amirahhahaha naseb badan lah mira :)

 
On Friday, January 07, 2011 12:54:00 AM , ayin~weeweet said... [Reply to comment]

@ada mokhtarhahaha tq tq

 
On Friday, January 07, 2011 12:54:00 AM , ayin~weeweet said... [Reply to comment]

@Nurul a.k.a Rikoklu kite dekat lama dh ajak akak tau :)

 
On Friday, April 08, 2011 5:43:00 PM , Angin Selat Melaka said... [Reply to comment]

Assalamualaikum...
Jeng! Jeng! Jeng...Daku sudah sampai. (Memang mcm ni intro klau daku ader..) Untuk mereka yg rasa kulit tu mcm bermasalah sangat, maka eloklah cuba2 berjinak dgn rawatan yg logik seperti:

Rawatan mencair & mengeluarkan lendir, kotoran dan kuman resdung

supaya dgn itu; kulit akan jadi cepat sihat. Cara ni betul2 logik sebab menumpukan rawatan dari sudut dalaman. Semoga berjaya. Thanks.

 

Mereka SUPER BEST


:: Si Gula-gula Hati ::

© 2010, AYINWEEWEET.blogspot.com
All Rights Reserved | © 2010 |
This blog design is built and designed by