Saya rasa, ramai orang setuju, susah nak cari perempuan yang berkualiti sekarang ni. Tapi, saya rasa, kalau setakat dia tak pandai memasak, atau dia hanya pandai merajuk; tak bermakna dia bukan perempuan tak berkualiti. Kualiti itu subjektif. Mungkin dia tak pandai masak, tapi dia superwoman dalam kemas mengemas, jahit menjahit. Lagipun, bukan semua orang itu sempurna bukan?

Lelaki. Nak cari lelaki berkualiti lagilah susah. Kalau iklankan kat Yellow Pages pun belum tentu dapat cari satu yang berkualiti. Susah yang amat. Sebab mereka selalunya ada banyak lapisan topeng yang kena kita buka satu persatu sampai nampak yang dasar. Kalau dapat tengok sampai dasar pun dah cukup baik kot. Kalau dah bertahun-tahun tapi masih banyak topeng belum dibuka? Itu namanya malang yang memang dah berbau tapi kita pura-pura tutup hidung konon-konon macam semua ok.

Saya sangat pantang bila....

1.   Lelaki suka sangat minta duit pada perempuan. Lebih-lebih lagi bila baru je nak kenal hati budi. Muka pun macam belum nak cam lagi. First date dah suruh perempuan belanja.  Apa barang? Lelaki macam ni, kita cancel habis-habisan. Buang karan. Bila tak bagi, mulalah buat drama konon-konon kita tak ikhlas nak berkawan dengan dia. Lepas tu cakap kita sombong sebab kerja kita pilot dia tukang jahit. Eh eh. Kau ini kenapa? Gila meroyan ya?

2.   Lelaki tu tak cukup duit nak masuk minang tapi dah mula minta macam-macam yang hanya orang kahwin boleh rasa.  Agak-agaklah bai. Kalau ketagih sangat, kau pergi cari bantal kau sond** sorang-sorang ya. Sangap ke hape?

3.  Lelaki ajak keluar tapi kita tak boleh kuar sebab banjir contohnya. Tapi dia marah sebab dia kata kita buat alasan tak nak jumpa dia. Apa dia ingat ada sampan atas rumah? Atau dia ingat kereta kita tu boleh bertukar jadi motor bot? Lelaki yang suka mendesak dan susah nak faham sesuatu keadaan dan selalu nak kita penuhi kehendak dia adalah lelaki pertama yang terkeluar daripada list saya. Haih!

4.   Lelaki busuk. Titik. Itu mandatori. Kalau muka hensem duit berkepuk tapi ketiak macam..blerrghhh, peh pantang. Eh eh. Tapi dia kaya ya? Eh. Tak jadilah. Bolehlah bolehla. HAHAHAHAHA


p/s: Currently in love dengan bau 212 Sexy Man by CH..weeee~

Comments (8)

On Sunday, January 30, 2011 8:28:00 PM , ceksumolek's said... [Reply to comment]

sokongg!!! :) susah nk cari yang baik2 skrg nih..

 
On Monday, January 31, 2011 7:41:00 AM , Unknown said... [Reply to comment]

Hmmm, nak jumper lelaki baik itu memang la sangat susah. Sometimes, biler dah jumper yang baik, dah disambar orang...:)

 
On Monday, January 31, 2011 10:41:00 AM , MiszCoMoT said... [Reply to comment]

ahahaha...betol2 sokong pantang ayin tuh..ngeee

 
On Monday, January 31, 2011 10:51:00 AM , aizatjohar said... [Reply to comment]

saya pantang bila perempuan...hehe

 
On Monday, January 31, 2011 1:27:00 PM , ayin~weeweet said... [Reply to comment]

@☺[ai][sUmi]☺Chankalau dah jumpa bgtau kite tau.ehehehe

 
On Monday, January 31, 2011 1:28:00 PM , ayin~weeweet said... [Reply to comment]

@Three Musketeersdh ada orang punya?tak pa kot asalkan sedia nak hidup madu hehehe xmohhh!!!

 
On Monday, January 31, 2011 1:28:00 PM , ayin~weeweet said... [Reply to comment]

@DaK CoMoThahaha sokong tau.baru bole jd YB hahaha

 
On Monday, January 31, 2011 1:28:00 PM , ayin~weeweet said... [Reply to comment]

@aizatjoharha perempuan apa?hahaha

 

Mereka SUPER BEST


:: Si Gula-gula Hati ::

© 2010, AYINWEEWEET.blogspot.com
All Rights Reserved | © 2010 |
This blog design is built and designed by