Saya selalu nak update blog. Selalu rasa semangat nak cerita apa ada dalam otak dan hati. Tapi niat suci murni saya tu akan end up dengan merenung kat skrin sambil fikir macam mana nak susun ayat. Blerghh~ Hari ini, saya bangun pagi, tercongok depan lappy, sambil buka lagu My Baby You yang telah di set repeat sampai kejang, tambah pulak hujan lebat kat luar, pergh layan perasaan betul. Saya akan pastikan post ini di publish hari ini juga tanpa terperuk dalam Draft.

Hari ini hari Ahad. Sepatutnya hari ini hari Ahad yang biasa-biasa saja. Mungkin lebih bahagia kerana esok masih cuti. Jadi tiada istilah Monday Blues dalam diari untuk hari esok. Hoyehh! Tapi hari ini bukan sekadar hari berehat dan bercuti. Hari ini lain. Sangat lain. Mungkin jadi lebih bahagia, mungkin boleh jadi sesuatu yang sangat menyeksakan. Dang~ 

Dia ada sini. Dia ada dekat dengan saya. Dia buat hati saya bergetar macam suatu ketika dahulu. Dia buat saya hanyut. Saya sayu bila teringat cerita saya dengan dia dulu-dulu. Sayu bila dia saya layan baik-baik macam dulu juga. Awak, boleh tak jangan layan saya baik sangat? Tiba-tiba saya rasa macam nak tembak diri sendiri. Grrrr!

Lagu My Baby You ni dah memekak banyak-banyak kali tanda suruh berhenti sebelum hujan air mata turun. Mari kuatkan diri macam dulu ye Ayin. Mari menabahkan diri seperti sedia kala. Chaiyok!

Kesimpulannya, Ahad ini Ahad yang akan meninggalkan seribu satu makna kerana hanya saya  dan Allah yang tahu apa lagu hati saya sekarang. Semoga Allah mempermudahkan segalanya. *senyum besar*

Comments (0)

Mereka SUPER BEST


:: Si Gula-gula Hati ::

© 2010, AYINWEEWEET.blogspot.com
All Rights Reserved | © 2010 |
This blog design is built and designed by