Sarapan saya hari ini sangat enak. Santapan ilmu bersama Dato' Fadzilah Kamsah. Ini siaran ulangan. Sebab hari itu tak dapat tonton, hari ini tak dapat makan nasi goreng pun tak apa. Asalkan dapat dengar pengisian program beliau. Tajuk? Siapa kahwin cepat dia orang yang rugi. OK. Tipu. HAHA

Semua orang mahu kahwin. Kalau tanya  saya masa saya umur 7 tahun pun saya cakap saya nak kahwin. 7 tahun sudah kenal cowok ganteng-ganteng tau. Dahulu, saya beranggapan, setiap perempuan akan kahwin masa umur 24 tahun, kahwin mesti dengan orang hensem dan kaya sahaja, dan perempuan itu sendiri, yang comot akan bertukar menjadi cantik jelita. Nasib labu tak jadi kereta kuda kan. Nah. Sekarang pelamin anganku musnah. Usia dah menginjak 20++ (HAHA) masih jua belum bertemu putera idaman, jangan kata yang kaya, yang kerja kilang pun tak jumpa juga, dan saya masih lagi perempuan comot yang comel dan montel. Dang~ Semua kisah dongeng tu tipu. Tipu. Tipu. 
Me. Heart. You
Jadi mari kita share ilmu yang saya dapat tadi ya. Suka tak? Suka tak?

*   Maafkan semua orang. Maafkan mereka-mereka yang pernah melukakan hati kita. Jangan sebab kita marahkan dia, sampai tua kita tak kahwin. No. No. Yang penting, bersihkan hati kita. Bila dendam dan marah dah hilang, baru hati jadi tenang. Baru air muka nampak berseri. Jadi, mari maafkan semua orang. Yay!

*   Dalam doa kita sehari-harian, jangan sekat doa kita untuk orang tertentu sahaja.
           Contoh: Ya Allah Ya Tuhanku, kau jadikanlah si polan bin si polan sebagai suamiku.
Selok-eloknya, luaskanlah permintaan tu. Minta dipermudahkan pertemuan dengan jodoh yang betul.

*   Jangan patah semangat. Jangan putus asa daripada terus mencari. Tapi jangan pulak pergi iklankan diri pulak. Cukup dengan tidak putus berdoa kepada Yang Maha Esa. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita, kan?

*   Buang semua sifat buruk yang agak-agak orang tak suka. Agak-agak suka kentot depan orang, bawa-bawalah bertaubat. Manalah tahu, ada rombongan meminang dah sampai depan rumah, sekali terdengar kita kentot meletop-letop terus cancel. Ha. Kan dah gigit jari.

*   Jadikan diri kita supaya disayangi ramai orang. Bermanis-manis muka. Jangan cakap je nak manis. Muka pun nak manis. Orang menyampah tengok kita bermanis-manis? Apalah sangat kalau ada sorang yang menyampah tapi ada 10 yang berkenan. Berbaloi-baloi.

*   Redha. Dia Maha Mengetahui dan Maha Mendengar :)

OK. Dah dapat? Agak-agak berjaya tips ni jangan lupa layangkan kad jemputan sekeping dua. Kalau tak pun, MC D prosperity pun jadiklah yang oi.
Apa lagi. Mari bersihkan hati. Bersihkan minda. Bersihkan diri. Sebab belum mandi lagi. HAHA 

 

Comments (0)

Mereka SUPER BEST


:: Si Gula-gula Hati ::

© 2010, AYINWEEWEET.blogspot.com
All Rights Reserved | © 2010 |
This blog design is built and designed by