25 January 2011

Fakta Parti Buih Kami

Biar lambat asal blog ini terus selamat. Kwangkwang. Internet slow gila sebab dah lebih limit. Jadi nak upload gambar siap boleh tido mandi semua. Tu pun tetap hampeh. Jadi saya malas nak buat CPR kat blog saya hari-hari.
Berjoli adalah sesuatu yang menghiburkan. Mana ada masa berjoli yang tidak hibur. Kalau tak hibur, muka akan jadi stres dan berkerut-kerut. Mahu? Tak mahu kan. Jadi, kalau nak muka sentiasa ceria, mari sambut birthday kawan-kawan tersayang dengan seikhlas hati, yang penting hati terhibur. Daripada duduk rumah melanguk tak tentu pasal, membesarkan bumper dan memberatkan tulang, mari keluar bergurau senda sambil makan-makan.
  • Party buih kami dapat tetamu VVIP yang berminat nak join sekali. Bukan satu, bukan dua, tapi tiga. Dahla tuh, memilih nak makan yang sedap je. Yang ada cheese, yang ada krim, ada jagung sokmo, pedas-pedas tak nak pulak. Memilih punya VVIP. Cepok kang. Dahla buat putus suap tak pasal-pasal. Spoil!
  • Kami bawa makanan yang macam boleh jamu lebih 20 orang sedangkan ada 6 perut je untuk diisi. Eh. Bukan 6. 7 kot sebab ada lagi sorang dalam perut belum keluar. HAHA Tapi mungkin boleh je habis kalau tak ada VVIP datang kacau kitorg makan. Tengok piza pun terkulat-kulat. Tensi habis.
  • Buat photoshoot tanpa keluarkan modal. Orang masuk water park kena bayar, kitorang selamba masuk selepas kenyit-kenyit mata. Sampailah kena tarik keluar oleh makcik guard. Oh. Nasib dia tak marah, sebab kami panggil dia akak instead of makcik, walaupun rasa-rasa umur dia lebih tua dari mak kami. Harap-harap dia tak perasan balik rumah senyum sorang-sorang.
  • Dapat adik angkat sorang. Nasib comel. Kalau tak, tak nak ngaku pun budak tu siapa. Tapi sayang, tak sempat amik no telefon ayah budak tu. Mana tahu, budak tu memerlukan mak angkat memandangkan mak bapak original sibuk meeting.
  • Ada macam-macam pengakuan dan pengumuman penting yang kite-kite je tahu. Special. No repeat order. HAHA


They made my day!  
Happy hari tua makcik!!
 Si tukang tangkap gambar yang comel dan loteh.
Ada berkenan?
HAHAHAHAHAHA

p/s : Ada yang tanya, mana buihnya? Tak nampak seketul buih pun. HAHAHA Sapa yang tanya macam tu, nampak sangat suka tuuuuutttt tuuuuuutt. Ha. Baik jangan tanya, mana buih tu. OK? HAHAHA


Comments (4)

On Tuesday, January 25, 2011 4:43:00 PM , sumpit said... [Reply to comment]

ku ingat parti buih apa tadi

 
On Tuesday, January 25, 2011 9:57:00 PM , Nurul a.k.a Riko said... [Reply to comment]

canteknyer tudung kaler biru...ahkak loiiike gitu. Nice!

 
On Monday, January 31, 2011 1:30:00 PM , ayin~weeweet said... [Reply to comment]

@sumpitparti air liur berbuih sebenarnya hahaha

 
On Monday, January 31, 2011 1:30:00 PM , ayin~weeweet said... [Reply to comment]

@Nurul a.k.a Rikocantik ek?single lagi tu.akak ada adik lelaki tak?hahahaha

 

Mereka SUPER BEST


:: Si Gula-gula Hati ::

© 2010, AYINWEEWEET.blogspot.com
All Rights Reserved | © 2010 |
This blog design is built and designed by