Senario 1
"Awak.."
"Ya"
"Kalau saya mati kan.."
"Haih.. Kenapa cakap pasal mati pulak?"
"Tak adalah..nak cakap ni."
"Ha. Apa dia?"
"Kalau saya matikan, boleh tak awak halalkan aje hutang saya tu?"
Blurghh~"Tapi, awak belum matikan?Jadi cepat-cepat awak bayar hutang tu."

Senario 2
"Bila nak bayar hutang saya?"
"Ala.Gaji awak besar. Apalah sangat hutang saya tu? Takkan tu pun nak berkira."
"Empat rat setengah tu.."
"Ala. Anggap jelah awak sedekah kat anak yatim."
"Eh. Saya pun anak yatim juga."

Anda yang baik hati, pernah tak jumpa orang-orang macam ni. Yang bila tak ada duit, menagih simpati, bila berduit, kita ni buat pandang tak pandang. Yang pelik, dia yang berhutang, kita pulak yang malu-malu nak minta duit balik. Kan? Takut terasa lah. Takut kecik hatilah. Last-last, hutang tu minta halal je lah. Sadis-sadis.

Saya bukan tak pernah berhutang. Pernah. Sebab dulu ekonomi memang sesak. Almaklumlah, abah pergi masa tengah belajar. Tapi bila ada duit, hutang adalah perkara pertama saya selesaikan dulu. Takut-takut terlupa. Nanti tak pasal-pasal jadi buah mulut orang. Ada orang pula, biar papa, asal bergaya. Pinjam duit orang, semata-mata nak melaram handbag baru. Yang ini lagi sadis. Bila nampak nama si polan si polan call, terasa fobia nak angkat. Yelah. Kalau tak, nak call setahun sekali pun payah. Ni tiba-tiba rajin pulak call berkali-kali. Takut ada mee di sebalik udang. 

Dulu, cikgu selalu cerita. Kalau kita hutang dengan orang, sampai akhirat kita tanggung, kalau orang tu tak nak halalkan apa yang kita hutang. Kalau kita hutang 20 sen, nanti kita kena angkut syiling doposen yang besar dan berat kat belakang badan kita. Macam tu juga kalau hutang sebatang pensil. Kenalah kita mengangkut pensil sebesar alam sebagau hukuman. HAHA  Ni betul ke tidak, wallahualam. Ke saya kena tipu nih?

Jadi, kesimpulannya, bawa-bawalah bayar hutang ya. Kalau takut dilambung ombak, jangan memandai nak bina rumah kat tepi pantai. Eh, apa kes? Bukan. Bukan. Kesimpulannya, cepat-cepatlah bayar hutang aku wei. Aku sengkek gila ni!

Jangan sampai pipi saya meletop sebab marah ye..

Comments (2)

On Friday, January 07, 2011 4:53:00 PM , ~syikinblankidea~ said... [Reply to comment]

wahoooo....SILA BAYAR YE sesiap yg berhutang dengan budak comel ni...kang mati kena bungkus ngn duit kertas....hahhahah

 
On Sunday, January 09, 2011 8:46:00 PM , ayin~weeweet said... [Reply to comment]

@~syikinblankidea~HAHAHAHA mati kena bungkus duit kertas tu aku xboleh blah HAHA

 

Mereka SUPER BEST


:: Si Gula-gula Hati ::

© 2010, AYINWEEWEET.blogspot.com
All Rights Reserved | © 2010 |
This blog design is built and designed by