27 February 2011

Kebaikan Refleksologi

 Phew~Lama gila tak update. 1. Sebab MALAS 2. Sebab BZ 3. Sebab internet hagham jadah. OK. Cukup 3. HAHAHA 

Korang. Pernah tak pergi suh orang urut-urut kaki korang? Kalau pergi Bukit Bintang berderet orang tunggu nak urut kaki korangkan.Jangan kata kaki, bahu, tangan, badan pun ada. Yang lain-lain,no komen. HAHAHA Kalau sesiapa yang tahan geli, mesti takde hal kena urut-urut ni. Kalau yang geli,mahu ada kaki masuk dalam mulut orang kan. Tapi seyes, urut kaki ni best woo. Tak sakit sangat seperti yang diomong-omong. Tipu je. Orang kata kalau sakit tu banyak penyakit. Ya ke?

Kenapa perlu refleksologi?
• Buang angin dalam badan - akan sendawa berpuluh-puluh kali tanda angin keluar. Kentot kecil mungkin juga akan berlaki
• Membantu dan menambahkan aktiviti buang air besar dan kecil.- Tiada lagi istilah sembelit
• Mengurangkan imsonia/sukar tidur - Tiada lagi pil tidur
• Mengurangkan masalah migrain
• Membantu memulihkan kaki kebas dan lenguh
• Mengurangkan tekanan atau stress-Yippieee
• Meredakan sakit pinggang, sakit belakang dan kepenatan bekerja.
• Mengurangkan loya/sakit kepala, selsema
• Membuang toksin
• Menjadikan kita lebih bertenaga 
Abaikan muka bulat bowling saya


Tak sakit. Seyes. Siap main peace-peace lagi kan.

Tiada awek gebu yang urut kami.
Yang ada hanyalah nyonya tua memicit kaki  sambil menonton TV. T T

Apek ni, makin saya menjerit, makin dia picit gile-gile.
YUMMY!!


15 February 2011

SHOPAHOLIC!! MUST READ!

Pernah dengar tak tentang Groupsmore tak? GROUPSMORE. Bukan CHIPSMORE. Ini saya nak share satu rahsia satu cara untuk kita; para shopaholic sejati, untuk berbelanja secara mewah tapi keluarkan duit secara bijaksana.

Groupsmore ini menawarkan baucer diskaun yang GILA HEBAT tetapi kualiti servis dia tetap tip top. Contoh; apa yang orang kaya sebelah kita tu makan, kita pun makan, tapi kita bayar 90% lebih murah dari harga asal. Hebat tak? YA. Diskaun yang diberi sampai mencecah 90% wo. Semua ada. Makan. Spak. Rekrasi. Semua pun ada. Yang penting kena rajin jengah website diorang. Mana tahu ada benda yang korang suka sekali dah terlepas sebab korang MALAS cek.




Nak kurus? Tapi kat Taiping Weight Management tu mahal lah.
Nah. Sekarang dengan harga RM38.80 anda boleh kurus macam Cik Hanis Zalikha. hehe
Tengok. Jimat RM341.20.
Tengok. Ada lagi 3 jam sebelum masa tamat!!!

Stress kerja?
Nak diurut dengan perempuan cantik yang gebu-gebu?
Dengan harga tak sampai RM40, anda mampu mengubahnya.
HAHAHA

 Nak makan carbonara? Bolog-wateva-namo-eh?
RM 20 je, dan anda akan dapat starter, maincourse, pencuci mulut, dan for sure minuman.
TIADA KHINZIR.
Eh..tekak saya orang kampung. Makanan pedas-pedas tiadakah?

 Ini dia. Dengan daun pisang sekali saya bagi.
RM 12.Makan sampai boroi.
Yang penting,
HALAL!


Apa lagi. Jom join Groupsmore untuk berbelanja cara orang kaya
tapi
penjimatan untuk kita.
LIKE?

Klik sini

14 February 2011

Saya Baik Hati?


Saya dapat award. 
AWARD BLOGGER BAIK HATI.
Sebab dia kata saya tolong dan respon kepada masalah yang sedang dihadapi.
Saya terharu.
Walaupun saya tak adalah membantu sangat..
Terima kasih daun keladi.
Lain kali boleh beri lagi.
>__<

Saya suka benda pelik. Adik saya yang cakap. Interest saya yang terbaru adalah kasut yang ada lukisan. Kewl gila~

 
 


Amacam. Serius kewl kan?  Kalau rasa korang suka bolehlah pergi cari ke Boonga ni. 

Nak custom made? Murah je. Pilih kasut mana yang  korang nak dan tambah RM20 je lagi.
Nak make over kasut? Korang hantar kasut korang, diorang make over kan. Tambah RM5O.

Selain di Boonga, korang juga boleh upah orang yang boleh lukis-lukis macam  ni seperti Azreenchan. Memang tak akan mengecewakan. Serius. >_< Harga pun berbaloi-baloi.

   
Guru tidak terbeban kerja

SAYA ingin memberi reaksi kepada pandangan saudara Norhisyam Mohamad dari Kuala Kedah di ruangan ini pada 3 Februari 2011 mengenai Jawatankuasa Khas mengkaji beban tugas guru.

Masyarakat Malaysia sering kali diperdengarkan dengan keluh-kesah warga guru yang mengatakan mereka banyak kerja, kerja sampai ke rumah, waktu cuti pun dipanggil bekerja dan seribu macam lagi. Namun tidak ada statistik sebenar yang menunjukkan bahawa warga guru ini adalah benar-benar dalam keadaan tertekan.

Saya telah berkhidmat sebagai guru mulai Disember 1992 sehingga kini. Saya berasa malu dan bersalah jika mengaku terbeban dengan kerja mendidik. Rasionalnya:

* Hampir setiap guru hanya akan diberikan tanggungjawab mengajar minimum dengan enam waktu seminggu dan maksimum 25 waktu seminggu. Secara purata ramai daripada di kalangan guru hanya diberi waktu mengajar 16 waktu seminggu. Satu waktu bersamaan 30 minit atau paling lama 40 minit. Secara purata kebanyakan sekolah rendah atau pun menengah menggunakan satu waktu bersamaan dengan 30 minit sahaja. Purata waktu mengajar guru ialah 16 waktu X 30 min= 480 minit atau lapan jam seminggu iaitu bersamaan satu hari bekerja penjawat awam yang lain.

* Tugas-tugas khas selain daripada kurikulum akan diberikan dengan agihan saksama. Berdasarkan pengalaman saya sebagai pengurusan sekolah, seorang guru akan diberikan satu tugas khas dan satu tugas kokurikulum. Misalnya, jika seorang guru diberikan tanggungjawab guru kelas atau tingkatan, ketua rumah sukan, ketua persatuan atau kelab dan jawatan berupa tanggungjawab ketua, maka guru tersebut tidak akan diberi tanggungjawab lain kecuali sekolah kekurangan guru.

* Tugas menanda buku kerja pelajar, menanda kertas ujian atau peperiksaan dan menyediakan kertas soalan adalah tugas hakiki guru.

* Guru-guru wajar mengetahui dengan jelas tugas hakiki mereka. Jika tidak mengetahui, sila rujuk kepada SPP [Panduan tugas hakiki Pegawai Perkhidmatan Pendidikan].Tolong rujuk Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Guru, Visi, Misi dan Objektif Kementerian Pelajaran. Lihat juga Tonggak 12 dan semua jenis Perintah Am, Pekeliling Perkhidmatan dan panduan-panduan perkhidmatan guru yang lain.

Guru sebenarnya tidak terbeban dengan tugas hakiki yang ada kecuali mereka sendiri yang membebankan diri mereka. Alasan saya:

* Ramai guru yang terlibat dengan pelbagai aktiviti ekonomi seperti jualan langsung, insurans, jualan runcit (kain tudung, baju, kain pasang, tuisyen, kedai burger dan seribu macam lagi). Cuba rujuk laman sesawang seperti Facebook, kita akan jumpa kebanyakan penjawat awam termasuk guru menguar-uarkan produk jualan mereka dalam Facebook.

* Masa mengajar bukanlah berterusan. Pihak pengurusan sekolah tidak akan berlaku kejam. Setiap guru ada masa senggang. Misalnya, jika guru A telah mengajar tiga waktu sebelah pagi, maka pada waktu empat dan lima, lazimnya beliau akan rehat. Ada juga yang tidak mengajar seharian.

* Guru teknik, guru vokasional dan guru Kemahiran Hidup mempunyai masa mengajar yang lebih senggang. Ada di kalangan mereka yang mengajar tiga hari sahaja dan dua hari akan bercuti daripada mengajar. Purata mereka mengajar tidak lebih daripada 14 waktu seminggu kecuali guru yang mengajar Kemahiran Hidup. Ada yang sempat mengambil projek membuat pagar, membaiki kenderaan luar, mengecat kereta luar, membuat pendawaian rumah dan bermacam kerja lagi dalam waktu kerja.

* Ustaz-ustaz juga tidak ketinggalan menyampaikan ceramah berbayar di merata tempat tetapi tugas hakiki mendidik pelajar terabai. Kalau tidak masakan ada pelajar yang masih tidak mengenal huruf jawi dan tidak boleh membaca al-Quran.

* Guru-guru juga sibuk dengan kejohanan sukan diri sendiri, bukan untuk pelajar. Ada yang terlibat dengan kejohanan sehingga semingu lamanya, sedangkan ia hanya peringkat dalaman sahaja. Jika peringkat kebangsaan hanya setakat itu sahaja kerana tidak ada kejohanan sukan dunia untuk warga pendidik. Masalahnya anak murid yang terabai maka berlakulah guru tidak habis silibus.

Saya meminta mana-mana pihak, terutama golongan guru, agar memberi dan menunjukkan bukti imperikal bahawa mereka (lebih kurang 126,171 guru lelaki dan 279,545 guru perempuan) adalah dalam keadaan tertekan. Tunjukkan juga berapa ramai guru yang dirujuk kepada Lembaga Perubatan kerana masalah mental disebabkan ‘Beban Tugas’.

Saya menyeru semua warga pendidik iaitu guru, Pensyarah Guru, Pensyarah IPTA & IPTS agar menilai diri dan memahami fungsi kita sebagai pendidik. Jika kita tidak boleh, maka ada pekeliling yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk kita melepaskan jawatan kita dan carilah kerja yang sesuai dengan kita.

Mokhtar Sabah

Keningau, Sabah


FAKTA:

1.   Tidak semua guru bernasib baik macam En Mokhtar yang hanya dapa 15 masa seminggu. Guru di sekolah saya ada yang dapat 30 masa seminggu. Purata 6 masa sehari. Belum campur waktu menjaga pelajar ketika solat (waktu petang). Oh bertuah sungguh En Mokhtar  mengajar di sana ya. Ada kerja kosong?

2.   Tugas-tugas khas dibahagi sama rata? Sorang hanya dapat satu tugas sahaja? Maaf sekali lagi en Mokhtar. Di sekolah tempat saya bertugas,selalunya, yang berbakat dan berkaki lebar itulah selalunya yang menjawat jawatan-jawatan utama. Dialah guru data, dialah setiausaha HEM, dialah guru kelas, dan sebagainya

3.  Terlibat dengan jualan langsung salah ke En. Mokhtar? Atau En. Mokhtar mahu kami menyara keluarga kami dengan duit gaji yang kami dapat setiap bulan semata-mata.  Tolak duit pergi kursus (sebab sekarang sudah tiada claim mileage), tolak yuran KEBIRU,tolak bagi duit pada pelajar untuk papan tanda KOKU, dan hutang-hutang yang lain, apolah yang tinggal.

4.  Masa mengajar memang tak berterusan. Tapi jangan lupa, relif yang menunggu kami ya En.Mokhtar.

5.  Cikgu KH tak banyak kerja ya. Mungkin En. Mokhtar ni cemburu dengan cikgu KH kot. Mungkin juga En.Mokhtar ni sedang bercakap tentang diri beliau sendiri. En. MOkhtar, kalau dah nama cikgu, tak akan lari ke mana pun rileks tu. Kecualilah kalau dia ni termasuk dalam golongan pentadbir yang memang jadual mengajar tak banyak, tak nak masuk relif,tak ada pegang jawatan-jawatan lain. Ha.. Mungkinkah En. Mokhtar ni golongan tersebut tu kot?

Komen anda?

Saya ada jalan penyelesaian kepada masalah anda.

Sila baling berokbanda anda laju-laju ke dinding segera.
HAHAHA. Tipu aje.

Sekarang, saya mahu ajar anda semua tips dan tricks penting untuk lajukan kembali broadband yang dah slow tahap sipu vavi. Jadi selepas ini tiada lagi caci maki kepada berokband anda ya. Kesian mereka. gagaga

1) Pastikan wktu nie dh connect ke internet. Tekan "start" & cari "run". Dalam tu tulis "cmd" dan tekan ok...

2) Akan kuar command prompt mcm kt bwh ni. Tulis "ipconfig/all" dan enter...

3) Bila dh enter akan kluar senarai connection, cari hardware wireless korang (nama Modem korang), tgk gambar kt bwh utk pilih yg mna betol...

4) Ok skarang tekan "ping [address korang] -t" Cth ping 10.175.53.131 -t   mcm gmbar kt bwh. Bila berjaya, korang akan trima balasan mcm kt bwh. Kalo x kuar mcm kt bwh mksudnya x berjaya la tu...

5) Biarkan bnda ni jalan selama mana korang online. Kalo dh xnk tekan pangkah tu ja

p/s: Sesuai untuk semua jenis broadband. Kalau tak laju juga, pakai streamyx sudeh *hehehe*

Untuk lebih info, sila pergi ke page Budakbotak. Kredit kepada beliau tentang tip ini.



NAK BARANG FREE?

Senang je. Joinlah GA yang Cik As anjurkan ni.
Berbaloi-baloi.
Serius.
Meh join sekali.
Tapi kalau tak nak join pun tak apa.
Senang sikit nak menang.
HAHAHAHA

Apa lagi.


 Ingat tak pasal Sosej Gulung dengan Serbuk Roti saya hari tu? Sudah try belum? Sedap tak? Sedap kan? Kan? OK. Kepada yang belum try lagi, tutup internet dan sila cuba sekarang. HAHA

Apa jadi dengan lebihan tepi roti hari itu? Korang buang je? Hoish. Ruginya. Apa kata kita menjadi kreatif sekali sekala. Baru mencabar minda. *ketawa kecil* Masa saya pandang roti-roti tersebut, rasa sayang lah pulak nak buang. Tapi tak kan nak makan macam tu je. Memang lah tak lalu kan. Tibe-tibe..

Apa kata kita buat, Jejari Roti dengan Bread Crumbs pula LOL

1.  Gaulkan jejari roti dengan lebihan telur yang kita buat cocktail roll itu tadi. Gaul sampai semua dapat telur sorang sikit. HEHE

2.  Taburkan lebihan serbuk roti tadi di atas jejari roti. Gaul rata juga ya.

3. TADAA! Boleh digoreng. Pastikan minyak tak banyak sangat supaya tak menyerap masuk dalam jejari tadi ya. Boleh makan sekarang. >__<



Kalau anjing boleh setia
Kalau anjing boleh faham
Kalau anjing boleh menanti
Kenapa manusia tidak?



Angkat tangan je mana cukup bai, hulurlah duit sekali. HAHA 

Hari jadi mama dah nak menjelang tiba. Pening tak tau nak beli apa. Jam tangan sudah, perfume sudah, nak beli lain-lain takut mama tak suka lah pulak. Mama punya taste adalah gaya-gaya Hanis Zalikha. Tak mampu oden.

Klik sana sini, cari idea, ternampak satu website untuk order hadiah custom made ni. Macam-macam ada. Semua sweet gila. Kalau ada kencing manis, mahu terus masuk wad sebab teroverdose gula dalam darah.
Epal Kristal
Puzzle Glow In The Dark
Personalized Mug
Dan banyak lagi pilihan. Semua cantik-cantik. Serius. Tak tipu. Just tell them what do you need. Daripada keychain, mouse pad,  baby napkin, semua pun ada. Nak couple t shirt pun ada. Haish! Harga? Sangatlah affordable. Custom made puzzle tu tak sampai pun RM40. Murah kan?

Jadi, apa tunggu lagi. Pergi website mereka, tengok-tengok, dan buat pilihan mengikut mana yang paling sweet. Saya pun nak pilih satu untuk mama saya. *wink*wink*

Klik sini ya 

Saya tak pandai memasak. Setakat air, megi, nasi putih, lepaslah. Sebab tu tak ada orang nak kat saya T T 

Tapi hari ini, sangkaan kalian meleset sama sekali. Saya memang mewarisi bakat memasak mama saya. Bukti, mama makan nasi goreng saya sampai habis. Walaupun mama enggan mengaku bahawasanya nasi goreng saya sedap, tapi saya tahu *gelak besar*

Hari ini, saya bukan nak mengajar cara-cara memasak nasi goreng ya, Hari ini resepi kita adalah Cocktail Roll with Bread Crumbs . Nama punya glamer, nama melayu eh Sosej Gulung dengan Serbuk Roti.  Aww. Kampung! Pandai-pandai letak nama sendiri. Ampun ya Kak Atie, tuan punya resepi. hehe Resepi ni sangat senang bagi ibu muda, remaja tak tahu masak, atau wanita berkerjaya macam saya.Well, masa itu diamond! HAHA Jom try!


Bahan-bahan dia; Sosej coktail ikut kesukaan sendiri, roti, dan serbuk roti yang boleh dibeli di kedai membuat kek. Murah je. 200gram untuk RM3.

Bahagian tepi roti tu dipotong togel. Bagi jadi putih gebu macam di atas ni. Tapi kalau rasa malas nak buang, ikut koranglah. Tekak sendiri kan. 

Lepas potong bahagian tepi roti, gelek roti anda senipis yang boleh. Saya tak ada penggelek jadi guna botol sos je. Bersihkan dulu sebelum gelek.

Tips: Roti digelek nipis untuk elak minyak menyerap masuk dalam roti dengan jayanya. Tak nak gelek juga? Ikut kamulah HAHA


Dah siap gelek, sampul kan sosej cocktail tadi dengan roti. Celup dengan telur, dan diakhiri dengan serbuk roti tadi. Oh, jangan lupa letak garam secukup rasa dalam telur supaya tak rasa tawar sangat.


Ini rupa sebelum goreng. Bahagian tepi roti tu saya tekan-tekan supaya dia melekat sesama sendiri. Lekatkan guna telur tadi tau. OK. Goreng sekarang.


Tadaaaa!! Siap. Nampak sedap tak? Memang sedap....
Boleh dimakan dengan sos atau mayonis; ikut pilihan hati
Selamat mencuba!! >__<

p/s : Apa nak buat dengan lebihan roti tadi? Tunggu entry saya yang seterusnya. *wink*wink*


1st time nak menempel kat blog Ben Ashaari yang super glamour tu. Nak cuba naseb oden. dengan menyertai Segmen terbaru beliau iaitu GEGAR 1,000 BLOG OLEH BEN ASHAARI HAHA Meh menempel ramai-ramai supaya Abang Ben lebih bergegar. Bagus untuk blogger baru macam saya ni. *wink*wink*

SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG ! ANDA BAGAIMANA ??

 Sekarang cuaca tak berapa nak elok. Kejap panas, kejap lagi hujan. Baru je sidai baju, tiba-tiba hujan mencurah-curah. Hep! Jangan merungut. Hujan kan anugerah Tuhan. Banjir pun sudah reda. Untungnya, banjir melanda masa musim cuti sekolah. Kalau tak, mesti boleh kira berapa kerat pelajar yang datang. Yang tak banjir pun tumpang sekaki lah. 

Dengan keadaan dunia yang semakin tak stabil ni, kita kena pandai jaga kesihatan kita. Nampak air jernih, tapi yang kita tak nampak, wallahualam. Kalau ada rezeki lebih, bolehla cari water treatment yang elok, suci, dan halal untuk kegunaan sendiri. Macam Beyond Water dari Zhulian. HIKHIK Promote pulak. Benda baik, buat apa nak sorok kan. 

Disebabkan cuaca yang tak menentu sangat ni, mesti ramai yang asyik bersin dan selsema kan. Nak jumpa doktor dah tak larat. Nak telan pil, pun dah tak jalan. Nah, saya bagi petua paling senang nak ikut.

Ambil garam, bancuh jadi air garam secukup rasa, sapukan kat bahagian hidung. Atas hidung tau, bukan dalam hidung. Tadaa. Siap! Boleh tidur sekarang. HAHA Tips ini sesuai dilakukan pada waktu malam, sebelum tidur.

Lepas ni, tak delah hachuumm hachumm ya. >__<


Selalunya, ramai orang komplen, orang gomen ni kerja malas. Selalu mengular. Buat kerja macam tahik. Slow. Penuh demokrasi. Eh salah. Birokrasi. Panjang kata, lebih banyak buruk daripada yang baik. Dan selalunya, komen-komen ini datang daripada mereka yang kerja swasta yang terkenal dengan sifat disiplin dalam bekerja (katanya..). Oic. Saya sendiri orang gomen, yang tiap-tiap bulan beratur di mesin ATM untuk keluarkan gaji hasil goyang kaki tu. Woho~ Biadap sungguh kalau kau berfikir begitu ya murid-murid. 

Saya tak mengiakan, mahupun menidakkan. Semua itu bergantung kepada penilaian masing-masing. Selalunya, komen-komen macam ni berlaku kerana mereka yang bekerja sebagai front line jabatan tidak cekap. Contohnya orang selalu cakap, BSM (bukan bank sebenar) lebih tahik berbanding di bank CIMC (bukan bank sebenar juga) kerana BSM adalah bank bersangkut paut dengan kerajaan. Macam tu juga dengan hospital. Sebab itu orang lebih suka pergi hospital swasta berbanding kerajaan kerana menyangkakan mereka akan dilayan macam anak raja kalau pergi swasta. Eh. Memang. Itu tak dinafikanlah. Sebab apa sahaja layanan yang diberi, semua di caj dalam bil. Sebab awak anak raja, bayar sahaja ya.

Tapi, yang air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Pengalaman telah mendewasakan saya bahawasanya, kadang-kadang perkara yang berbayar mahal ini lebih tahik berbanding perkara yang free itu.

1. Saya demam. Saya kalau setakat demam kura-kura, memang saya biar je. Super woman lah katakan. Tapi kalau dah tahap pergi hulur dahi kat doc, makanya memang saya betu-betul demam. Suasana dalam klinik lengang. Good. Tapi saya tetap kena tunggu lebih kurang 30min sebab ada patient tengah bersunat. Finelah. Harap-harap demam saya belum sempat kebah lah, kalau tak memang saya blah terus. Bila dah dipanggil, saya tengok doc tu acuh tak acuh. Dia suruh saya duduk tanpa pandang ke arah saya pun. OK. Warak kot. Sambil dia ambil suhu, dia asik pandang komputer dia. Dang~ Dia main facebook masa tengah merawat patient! Lepas tu senyum-senyum tak tentu pasal, dan biar je saya kat tepi macam patung bernyawa. Dan sepatutnya nurse yang dibayar gaji untuk membantu tu, tolong-tolonglah sediakan peralatan. Ni doc tu yang terkejar-kejar cari macam-macam. Sudah serupa kartun. Maybe dia terkejar-kejar sebab takut lambat reply chat wife dia yang kesunyian. And yeah,saampai sudah, dia lebih layan facebook daripada melayan saya. Dan  akhirnya saya di caj RM80++ di atas perkhidmatan beliau.

2. Mama nak buat rawatan gigi. Nak cantik, baru konfiden nak senyum dengan orang lepas ni. Masuk bilik rawatan selepas 30 minit menunggu sebab doc pergi rehat. Doc check gigi mama sambil komen macam-macam. Itu ini begitu begini. Suara sudahlah macam nak marah budak sekolah tak siap homework, expression muka lagi lah. Mama sudahlah jenis orang yang paling susah nak jumpa dentist, diherdik  macam tu, mahu tak nervous. Last-last doc cakap, RM120, siap seminggu. Boleh? Lepas tu doc pergi jumpa patient lain. Mama cakap, nantilah. Kita balik dulu. Padahal saya tahu, mama terkejut sebab dilayan macam budak-budak.Bila kitorang kata nak balik, dia tarik muka macam kitorang ni tak berduit. Sebelum balik, kitorang sempat dengar dia marah patient sebab mak patient cakap, gigi anak dia sakit bila makan. Tapi bila check, semua ok. Haih. Kalau tak sakit, buat apa nak dermakan duit tak tentu pasal kat dia. Kalau betul pun tak ada apa-apa, tak perlulah nak meninggi suara bila bercakap. Last-last, dapat juga jumpa dengan dentist yang sangat baik hati dan melayan mama dengan sangat baik. Nah, terus bayar RM1000++ atas perkhidmatan yang sangat baik tu.

02 February 2011

No Title.

 Aku rasa aku dah buat satu kesilapan. Aku silap bila aku rasa sebenarnya aku kuat tapi sebenarnya dalaman aku sangat rapuh. Macam biskut. Aku silap bila membenarkan dia berpaling seketika kepada aku. Aku silap bila membenarkan dia mengetuk hati aku kembali. Aku silap bila aku masih tak mampu melepaskan pandangan dia yang sampai ke dasar hati tu. Dan atas kesilapan itu, akhirnya aku menerima hukuman. Aku jadi rindu tidak kepalang kepada dia. Rindu yang sebenarnya memakan diri sendiri. Sadis! Dan sebenarnya, aku sangat benci perasaan ini.

Kalaulah aku tidak memberi dia peluang itu, sudah tentu aku sedang berbahagia dengan kehidupan aku sekarang.
Kalaulah aku tidak memandang dia, sudah tentu aku tidak terkena panahan mata dia yang redup itu.
Kalaulah aku sudah tidak cintakan dia lagi....

Tiada lagi aku dan engkau
Titik

Mereka SUPER BEST


:: Si Gula-gula Hati ::

© 2010, AYINWEEWEET.blogspot.com
All Rights Reserved | © 2010 |
This blog design is built and designed by