17 December 2010

Saya dah cantik!

TADAAA!!!

Yaribaa yaribaa

Nampak tak apa yang lain? Nampak tak kawan-kawan? Ya!! Saya sudah cantik. Eh. Saya memang semula jadi cantik. Blog saya yang makin cantik. Wohooo~ Bahagianya hidup ada blog yang cantik macam blog saya. Jeles tak? Jeles tak?
Jangan jeles-jeles. Blog saya bukan hasil air tangan sendiri. Ni semua hasil  air tangan mak andam yang saya bawa khas dari Kuang-tang. Cik Sri yang sentiasa berseri-seri. Mari terjah blog beliau secara berjemaah sambil menjamu mata. Serious cantik. Apa yang cantik? Hasil seni dia cantik, orang nya pun lagilah cantik. Agak-agak nak kenalkan dia kat mak bapak,  bawa-bawalah order sebijik dua header atau redesign blog ya. Baru nampak gentleman. HAHA (Cik Sri, ampun ampun)


Ok. Ini antara contoh artwork dia yang buat saya tak tidur malam asyik terbayang-bayang mengalahkan angau kat boipren. Seyes. Tanya Sri. Kan Sri kan? HAHA Oh. BTW, Cik Sri kita ni ada buat pertandingan make up-make up blog. FULL MAKEOVER wei. FULL! Haish. Jadi kepada sesiapa yang agak-agak nak ada blog cantik macam...ehem..saya, bolehla join kontes ni yang expired 1 Jan nanti. Kalau tak nak join, boleh la sediakan duit dan order terus. Jangan bimbang. Harga berbaloi-baloi dan yang penting No Postage Fee! Ngeh ngeh Kenapa saya suka kerja (?) dengan Cik Sri? Sebab dia sangat easy going dan senang nak berbincang tentang idea. Dia sangat sabar melayan kerenah saya yang fussy macam tikus ni. Ampun lagi Sri. Plus, dia pandai buat saya yang besar ni, jadi slim dan cantik macam Luna Maya. WTFun.

Oh. Satu lagi. Semua entry-entry lapuk telah saya buang ke dalam Draft untuk tujuan pengarkiban. Almaklumalah, tak nak mengenang kisah lalu. Nanti stalker-stalker saya banyak pula stok cerita nak mengumpat saya. Nyah kau stalker! Agak-agak saya nak berjiwa-jiwa nanti saya bukalah draft tu. 

Satu + satu lagi, sebenarnya saya nak buat launch untuk reopening blog saya masa New Year nanti. Tapi sebab tak sabar-sabar nak show off, saya teropen sekarang pulak. Kepada yang  dok buka blog saya tapi asik tutup je, maaf lah. Rumah renovate sempena cuti sekolah. Jap. Saya guna perkataan launch ke. Peh. Launch seh. Gaya ada artis tak? HAHA Tak nak kalah.

Poyolah kau. Dush dush!!

Comments (4)

On Sunday, December 19, 2010 2:07:00 PM , ~syikinblankidea~ said... [Reply to comment]

aah memang poyo n ak rse mcm tahap kejelesan ak thp max ni...hahahha nak jgk! nak jgk!

 
On Saturday, December 25, 2010 1:33:00 AM , ayin~weeweet said... [Reply to comment]

@~syikinblankidea~hahahahaha kau mmg suka jeles kt aku kn?hahahahaha

 
On Friday, February 04, 2011 7:12:00 PM , D@y@H said... [Reply to comment]

nice la ayinnnn!!!

 
On Monday, February 07, 2011 9:53:00 AM , ayin~weeweet said... [Reply to comment]

@D@y@Htima kaceh :)

 

Mereka SUPER BEST


:: Si Gula-gula Hati ::

© 2010, AYINWEEWEET.blogspot.com
All Rights Reserved | © 2010 |
This blog design is built and designed by