Ramai orang tanya saya, mana saya beli blouse dan dress gojes-gojes.  al maklumlah, sebagai pengguna XXL, nak cari baju yang bole bolos dengan selamba memang susah.  Kalau tak sangkut kat lengan, mesti sangkut kat bumper.  Sesiapa dalam golongan saya, mesti setuju sambil terangguk-angguk dan tersipu-sipu malu. 

OK. Mari saya reveal satu rahsia. Selalunya bila orang tanya saya beli kat mana, saya susah nak ingat nama kedai / alamat website kedai tu. Jadi hari ini, saya akan berusaha bersungguh-sungguh menggoogle untuk memuaskan hati peminat-peminat saya semua. Peminat? Piaangg!!


Owner blogshop ni, min sangatlah peramah. Servis tip top. Suka buat sale dan bagi diskaun banyak-banyak. Buka setakat diskaun dia bagi, free gift pun sama. Seyes. Kalau anda beli blouse warna cekelat, dia akan bagi earing warna cekelat juga sebagai gift. Best? Best? Baju-baju dia pun sangat best, sedap dimakan eh dipakai, dan memang kena suit dengan badan. Apa lagi, pergi terjah sekarang. *wink*wink*

LATEST! Grab it fast dear!

Another blogshop yang saya gemar banget. Sebab baju dia superb nice. Superb gojes. Superbwoman. Wohooo. Price pun affordable. Nampak tak dress yang saya pakai untuk header blog saya? Ha.. Saya beli kat puan jessica ni lah. Anggun tak? hehe Walaupun jarang buat sale *sob*sob* tapi harga dia dah murah berbanding beli kat luar. Kalau dah jadi regular customer, bole minta harga kurang sikit kot. Tapi kena kenyit mata lebih-lebih sikit. HEHE
I need the red one. Please. Please. Anyone?
Sapa kata plus size people tak bole pakai kebaya. You are wrong babe! Blogshop ini menyediakan pelbagai range kebaya dan baju kurung yang super meletup. Daripada saiz XS sampai XXXXXXXL. Tak tipu! Lip lap lip lap lagi. Takut kita lagi vogue dari yang super XS tu. MIAHAHA Jadi jangan risaulah kalau nak pakai kebaya masa akad nikah. Boleh tempah terus dari blogshop ini dengan pelbagai rekaan. Nak kebaya yang simple-simple pun ada? Apa kata pergi dating pakai kebaya? Confirm cik abang masuk meminang terus. hehe


Putih itu suci. OK. Beli sekarang.
OK. Ini antara website pilihan kalau saya nak shopping-shopping baju. Ada lagi tapi kebanyakannya macam tak kena dengan jiwa. Contoh, dalam blog state bole muat sampai 5xl tapi bila pakai saya rasa 3xl pun bole sesak nafas kalau pakai. Blogshop macam ini terus kena banned sebab macam tak jujur dengan customer. Kesian tak, dahla tak bole try kat badan, ketat pulak tu. Nyah sekarang.

Nak tahu lagi apa lagi blogshop yang selalu saya terjah? Tunggu..tunggu..tunggu..



Comments (2)

On Saturday, December 25, 2010 2:09:00 AM , Anonymous said... [Reply to comment]

wahh..blogshop yer ayin weet weet ni erk

 
On Saturday, December 25, 2010 10:52:00 AM , ayin~weeweet said... [Reply to comment]

@Mr.IXbukan blogshop kite lah,blogshop orang.tlg promote je hahaha

 

Mereka SUPER BEST


:: Si Gula-gula Hati ::

© 2010, AYINWEEWEET.blogspot.com
All Rights Reserved | © 2010 |
This blog design is built and designed by