18 December 2010

Amaran Selepas Induksi



Eh.. Sekejap ada kat Terengganu?

Sekejap ada di Kedah?

Saya induksi di mana ni?

Ha.. Jangan tak tahu. Keindahan alam seperti ini boleh kita dapati di Mersing, Johor Darul Best. Datang pakej. Laut ada. Padi pun ada. Tak payah susah-susah nak cari orang Kedah semata-mata nak tengok padi. No. No. No. Orang Kedah dah tak masuk list pencarian calon jodoh saya.  HAHA Johor pun ada padi apa. Cantik wooo. Rasa macam nak guling-guling dalam bendang. Tapi adik-adik jangan pulak tulis negeri Johor sebagai pengeluar utama beras pulak tau. Cikgu gigit nanti.

Jangan ingat kami merambu ramba masa Dato' Datintengah bagi ceramah. Nak pergi toilet pun takut, apatah lagi nak berjimba-jimba macam ni. Lupakan. Ni semua setelah tekanan tiga hari kursus berakhir. Nampak tak muka saya dengan ikhlasnya mengukir senyum? Hek hek

Sapa kata induksi boring? Shiok woo. Dengan aircond 24hours non stop, katil empuk yang datang pakej dengan bunyi kriuk kriuk, bilik mandi jakuzi alam semulajadi, tu belum masuk lagi penceramah yang menambat hati. Panjang kata, kalau boleh diberi peluang lagi, memang saya nak pergi induksi lagi. * buat muka bersungguh-sungguh *

Cuma satu jelah saya nak komplen, lepas ni, kalau nak buat kursus-kursus macam ni lagi, tolonglah.. Jangan sediakan makanan yang sedap-sedap bangat sampai saya rasa nak tambah banyak-banyak kali. Hilang rosak segala ketahanan mental saya. 2jam belajar, makan sambung 2 jam belajar, makan lagi. Sedap. Sedap. Sedap. Jadi kepada rakan sejawat saya atau yang mengenali diri saya, kalau tak nak kena gigit, tolonglah jangan guna perkataan gemuk, tembam, berisi, debab, dan yang sewaktu dengannya. Benci. Wek!

Comments (4)

On Saturday, December 18, 2010 10:48:00 PM , ada mokhtar said... [Reply to comment]

bestnye... macam pakej percutian pulak ye.. hehhe =)

 
On Sunday, December 19, 2010 3:07:00 PM , sri said... [Reply to comment]

i love all the pictures here!!!!! awesome scenary! ^^,

 
On Saturday, December 25, 2010 1:32:00 AM , ayin~weeweet said... [Reply to comment]

@ada mokhtarkn?kn? :)

 
On Saturday, December 25, 2010 1:32:00 AM , ayin~weeweet said... [Reply to comment]

@sritq cik sri yg berseri seri :)

 

Mereka SUPER BEST


:: Si Gula-gula Hati ::

© 2010, AYINWEEWEET.blogspot.com
All Rights Reserved | © 2010 |
This blog design is built and designed by