Catatan ini saya dapat ketika hati saya sedang luluh ditimpa musibah. Ketika cinta yang terpatri akhirnya putus di tengah jalan. Catatan ini dikirimkan oleh seorang teman yang tak putus-putus meminjamkan telinga dan mata setiap kali hati diruntun kecewa. Walau aku dah belanja cendawan goreng, aku masih hutang kau banyak gile wei. 

Saya kongsikan catatan ini kepada semua teman saya yang hatinya disapa pilu, kepada yang jiwanya menangis tapi tak ada siapa yang tahu. Semoga Allah kirimkan kita seorang lelaki yang baik, penyayang, dan menerima kita seadanya. Semoga hati yang pilu itu akan menjadi sedingin salju.

Ayin,

Aku rasa sangat tak adil bila kita menciintai seseorang sepenuh hati dan tak dihargai.

Rasa sangat tak adil bila janji diberi tak dipenuhi.

Rasa sangat tak adil sebab semua orang berhak bahagia.

Kejam manusia itu kerana memulakan.

Kejam manusia itu kerana mencuri sekeping hati sedang ia tau betapa rapuhnya hati

Kejam manusia itu kerana buat kau macam ini.

Ayin,

Aku tau kau sengsara

Aku tau kau derita

Walau aku bukan pengganti diiri. Bialah aku jadi penglipur lara.

Walau aku jauh, aku tetap di sini untuk sokong kau. Biar orang tak hargai kau.

Tapi kau sangat berharga untuk aku sebagai seorang kawan untuk dipersia. 


Comments (0)

Mereka SUPER BEST


:: Si Gula-gula Hati ::

© 2010, AYINWEEWEET.blogspot.com
All Rights Reserved | © 2010 |
This blog design is built and designed by