29 December 2010

Kerana Bola Nan Sebiji

Sana sini orang berblogging pasal bola yang bulat tu. Niat di hati, memang malas nak tulis benda yang orang semua dah tulis. Tapi hati saya panas. Panas amat. Sesiapa yang ada FB (ada ke yang tak ada?) boleh pergi ke page Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan lihat sendiri komen-komen yang diberi. Eh. Bukan komen. Lebih kepada menyalak tak sedar diri. Sudahla tulis di page milik negara Malaysia, tapi langsung tak ada budi bahasa. Helo. Terima dengan hati yang terbuka boleh tak?

  • Isu laser. Lagi-lagi isu laser yang digembar-gemburkan. Konon-konon kita menang sebab ada percubaan untuk membutakan si Markus kuskus dengan laser hijau tu. Tak ada orang bagitahu mereka kah, laser dari jarak jauh macam tu tidak beri efek pun kecuali laser yang digunakan masa pembedahan. Itu pun sebab dari jarak yang dekat. 
  • Curang? Kenapa asyik kata Malaysia curang? Bila masa Malaysia kahwin dengan Indon? Setahu saya, Kris Dayanti yang curang dengan Anang adalah. HAHA Tidak. Kami tidak curang. Percayalah. HAHA 
  •  
  • Curi budaya mereka? Lagu apa, Swijaya? Sarihaya? Sarijaya? Lagu apa tu? Sorilah. Nampak sangat budaya Indonesian tu masih belum melekat lagi dalam diri Malaysia. Selagi aku belum nak tengok cerita Indon kat Ria tu jangan nak cakap kami curi budaya korang hokay.
    Walau apa pun, caci maki mereka terhadap negara kita, tapi kita kenalah face dengan hati yang terbuka. Orang bodoh kalau kita layan, kita juga jadi bodoh. Eh. Tak lah cakap orang tu bodoh. Itu pernyataan umum je yer. Tapi, saya akui, pemain Indon super hebat. Semangat mereka kental. Jiwa mereka kuat. Kalau bukan peminat mereka yang maki hamun macam ***************, memang dah gantung bendera Indon kat depan rumah. 

    Eh???!!! Pianggggggg!!!!

    Comments (0)

    Mereka SUPER BEST


    :: Si Gula-gula Hati ::

    © 2010, AYINWEEWEET.blogspot.com
    All Rights Reserved | © 2010 |
    This blog design is built and designed by