26 December 2010

Lelaki oh Lelaki

 Dalam keseronokan saya menyambut kemenangan wira bola sepak negara yang ensem-ensem tu, saya dikejutkan dengan mesej daripada seorang teman. Kekasih yang dicintai sepenuh hati bakal melangsungkan majlis pertunangan dengan bekas kekasihnya (hanya tembakan rambang) kerana satu cerita lama. OK. Saya rasa macam WTFaker lelaki jenis ini. Hanya kerana cerita lama kau nak tinggalkan kawan aku, setelah kau tabur janji segala bagai, kau biar dia terbang tinggi-tinggi, lepas tu kau biar dia jatuh sendiri?  OK. Saya tak tahu cerita sebenar. Jadi saya tak layak nak menghukum lelaki itu bukan.

Tapi yang jatuh terhempas itu kawan saya. Yang menangis teresak-esak itu teman bercerita saya. Saya melihat setiap saat kedukaan dia ketika lelaki itu menghilangkan diri. OK. Mungkin bukan setiap saat. Tapi saya boleh rasa jiwa nya yang berduka lara kerana saya pernah rasa apa yang dia rasa. Berjanji itu ini, memberi harapan sana sini, tapi akhirnya pergi tanpa alasan yang jelas. Apa kau ingat hati perempuan itu kayu macam hati kau?

Tolonglah wahai kaum Adam, jangan kamu melukai hati wanita sekejam ini. Kamu ketuk pintu hati, kamu masuk, dan akhirnya kamu keluar sambil meninggalkan satu luka besar dalam hati mereka. Itu zalim namanya. Jangan kamu beri harapan jika kamu sendiri tidak pasti apa rasa hati. Jangan kamu beri peluang jika tidak ingin hubungan itu terus berkembang. Jika rasa cinta itu sudah hilang, berterus terang adalah jalan terindah. Bukan dengan menghilang dengan alasan tidak mahu terus melukakan hati wanita. Itu namanya dayus dan pengecut. Jika berani kamu mencuri hatinya, bertanggungjawablah dengan menyerahkan kembali sisa cinta yang ada. Dan jangan sesekali kamu berpatah kembali mengenang cinta lalu. Aku piaaaanggg kang!

Makin saya kenal ramai lelaki, makin saya tidak tahu apa yang mereka mahu. Sudah tidak ada lelaki hebatkah di dunia ini? Kalau ada, sila PM saya dengan nombor telefonnya sekali agar senang dihubungi. HAHA
"he who has the pepper may season as he lists"

Comments (2)

On Sunday, December 26, 2010 11:11:00 PM , Miss Izah Mohamed said... [Reply to comment]

betol tu.. nape lelaki ade yg bersikap camtu.. bila nak senangnya datang bg harapan.. tp palsu semata2... huh!

 
On Friday, January 07, 2011 12:51:00 AM , ayin~weeweet said... [Reply to comment]

@Miss Izah Mohamedlelaki jenis ni memang patut dihapuskan.hiyaahhh!

 

Mereka SUPER BEST


:: Si Gula-gula Hati ::

© 2010, AYINWEEWEET.blogspot.com
All Rights Reserved | © 2010 |
This blog design is built and designed by