14 April 2012
Nota Sepi vol.2
"Suram. Hati pasangan di depan saya ini sebenarnya telah lama suram. Saya boleh lihat. Air muka, bahasa badan, malah pasangan ini saling mengelak untuk tidak memandang antara satu sama lain. Sang lelaki lebih kerap memandang telefon bimbit berbanding memandang sang perempuan. Sang perempuan hanya menundukkan wajah, kadang-kadang menguis lantai yang tidak kotor. Sang lelaki akhirnya bersuara dengan suara yang cukup perlahan. Tenang dan tidak bereaksi. Sang perempuan tekun mendengar, mungkin mengharapkan ada sinar di hujung perjalanan ini. Tiba-tiba sang lelaki bangun, masuk ke dalam kereta, dan meninggalkan sang perempuan terkesima seribu bahasa. Aku melihat ada titik-titik jernih di hujung matanya. Menghela nafas yang panjang, beliau bangun dan meninggalkan tempat itu dengan seribu perasaan di dadanya."
Kenapa kita perlu cinta dalam hidup? Kenapa kadang-kadang,bila kita rindukan seseorang, terasa ada satu selumbar kecil di dalam hati? Pedih dan perit. Kenapa kadang-kadang kita masih lagi di berdiri di jalan yang sama,seperti setahun,sedangkan kita tahu,dia tidak akan berpatah kembali?
Ada satu jawapan.
Kerana cinta,rindu, dan sayang itu sebenarnya memberi kita nafas untuk meneruskan hidup. Kita perlu cinta kerana ia sumber kekuatan dan memberi emosi yang sangat kuat dalam kehidupan kita. Kadang-kadang, kita tidak punya siapa, tetapi kerana cinta kepada Maha Agung buat kita yakin, hidup ini ada pesonanya.
Kita rindu kerana kita sebenarnya memberi ruang kepada diri kita,untuk mengingati apa yang pernah kita ada. Kita rindu kerana dalam hati kita, ada satu ruang yang masih kosong, yang penghuninya mungkin tidak pernah tahu,kita sedang merindu.
Tapi,kalau cinta dan rindu itu bukan lagi penghuni dalam hati, kenapa kita begitu tega membiarkan ia terus menanti? Tidak mahu menjadi zalim atau sebenarnya kita ingin menghukum diri sendiri?

Sumber : Google
"Antara aku dan kau, kita tidak boleh bahagia lagi. Rasa itu telah tiada. Kau boleh mencari bahagia yang kau impi. Maaf. Bukan bersama aku. Maaf juga kerana membuat kau menunggu. Aku telah mencuba, tapi semakin hati mendesak,semakin sukar aku rasakan. Kita tidak ada jodoh. Maafkan aku."
Mengucapkan cinta itu mudah.
Mengucapkan maaf itu payah.
Hate is easy,
Love takes courage
Mengucapkan maaf itu payah.
Hate is easy,
Love takes courage
Comments (1)
Babe,
Kalau ada seorang lelaki yang setia, penyabar, menyokong, memberi lebih dari menerima dan menyayangi kekasihnya sepenuh hati, mahu menghulur cinta kepada seorang wanita, aku doakan engkaulah wanita itu.