Kita kenal antara satu sama lain empat tahun yang lalu.
Empat tahun yang sangat panjang.
Sepanjang empat tahun itu, ada banyak ragam.
Kita ketawa.
Menangis. Merajuk.
Akhirnya ketawa kembali.

 Kita pernah berjanji.
Akan setia,sehidup dan semati.
Mengaku meredah apa jua cubaan yang menimpa.
Sedang sebenarnya kita sangat naif.
Hingga kadang kala kita tersungkur jua dilanda musibah.

Hubungan benci tapi rindu ini akhirnya bertanda juga.
Semakin kita mengorak langkah bersama, semakin sesak di dalam dada.
Aku pandang kau.
Kau memandang aku.
Kerana janji itu, kita teruskan langkah ini juga.

Kekasih,
Pinjamkan aku bahumu untuk aku lepas lelah ini,
Berikan aku telingamu untuk mendengar setiap helahan nafasku,
Pandanglah ke dalam mataku,
Untuk kau percaya,
Hanya kamu di mata aku.

Selamat hari ulang tahun kekasih.

Kau + Aku = Satu



Comments (1)

On Tuesday, June 26, 2012 10:40:00 AM , InaYusoff said... [Reply to comment]

:)

pandai bermadah..

selamat ulangtahun!

 

Mereka SUPER BEST


:: Si Gula-gula Hati ::

© 2010, AYINWEEWEET.blogspot.com
All Rights Reserved | © 2010 |
This blog design is built and designed by