Malam-malam yang sudah, mulut ni rasa macam tawar semacam. Dah lama tak main masak-masak cookies yang sedap dap dap. Sebenarnya, sebelum ni selalu buat ikut resepi lain. Kali ni, guna resepi ala ala famous amos yang sedap tu. Jadi ke tak? Kita tengok nanti.

Resepi Famous Amos Wannabe
Sumber : Cik Nuwairani comei lote

 
 Bahan-bahan
150 gram butter
1 cawan minyak - saya guna minyak biji matahari
1 biji telur
1 sudu besar susu segar
1 sudu kecik esen vanila
1 cawan gula - saya tak masukkan
1 cawan gula perang - saya guna 3/4 cawan
4 cawan tepung
1 sudu kecil garam - tak guna juga
1 sudu kecil cream of tartar - saya ganti dengan emplex
1 sudu kecil baking soda
1 cawan kekacang -  saya guna hazelnut
2 cawan choc chip

Cara-cara
1. Masukkan butter, minyak, telur, susu segar, esen vanila, gula ke dalam mangkuk. Pukul hingga sebati.
2. Masukkan tepung, garam, cream of tartar/emplex, baking soda, kacang, dan choc chip. Uli.
3. Letak  adunan yang sudah dibentuk ke dalam tray.
4. Bakar di dalam oven dengan suhu 175 darjah lebih kurang 10-15 minit.


p/s : 
1. Jika adunan lembik, tambahkan tepung ikut keperluan.
2. Saya guna choc chip Hershey's sebab choc chip dia melt dan lembut bila dibakar.
3. Tak suka manis? Boleh kurangkan gula. Tak suka hazelnut? Boleh tukar ikut kacang kesukaan anda.
4.  Tips jika mahukan cookies yang berbentuk cantik berbanding leper - selepas siap mengadun masukkan dlm fridge 30 minit, selepas tu boleh disudukan ke dlm dulang pembakar atau guna tangan, juga in between membakar simpan adunan dalam fridge supaya ia tidak cair. - sumber Nuwairani
 

Comments (2)

On Sunday, April 22, 2012 12:35:00 PM , Nuwairani said... [Reply to comment]

wei! amacam? ok tak resepi ni?

 
On Sunday, April 22, 2012 6:19:00 PM , ZE said... [Reply to comment]

Wahhh..nmpk sedapp...yummy..
Teringin nk buat biskut ni tp tak buat2 hehehe..
Neway..thanks 4 sharing dis recipe..

 

Mereka SUPER BEST


:: Si Gula-gula Hati ::

© 2010, AYINWEEWEET.blogspot.com
All Rights Reserved | © 2010 |
This blog design is built and designed by