30 August 2011

Raya & Kampung

 Alhamdulillah. Syawal yang kita tunggu-tunggu telah pun tiba, walaupun berat hati nak meninggalkan Ramadhan yang penuh barakah. Entah bertemu entahkan tidak pada tahun hadapan. Wallah'hualam.

Syawal ini, tahun ketiga saya beraya sebagai orang dewasa. Kalau dulu, beratur dengan sepupu sepapat hulur tangan minta duit, sekarang ni, beratur juga, tapi beri duit raya. Dulu, kalau dapat duit biru sekeping, panjang muncung mencebik, dalam hati kata, kedekut seh pakcik ni. Nahh.. Tahun ni,rasakan orang muncungkan kau pula.

Tahun ni, baru saya sedar, balik kampung ni sebenarnya best gila kot. Dulu, saya selalu merungut kalau nak balik kampung sebab tak nak badan bintat-bintat kena gigit nyamuk. Entah kenapa, nyamuk kampung saya suka sangat hisap darah saya. Saya suka kampung waktu malam je, sebab sejuuuuuuuuk sangat, walaupun nyamuk bersepah-sepah. Tapi,sekarang, nyamuk ke tak nyamuk ke, saya rasa balik kampung tu best giler.

Satu, sebab dapat kenal sepupu, makcik sedara, atok sedara jauh-jauh yang tak berapa nak kenal. Bila dah kenal, baru tau sebenarnya anak makcik tu bercinta dengan kawan baik kita. Oh keciknya dunia kan. 

Kedua, sebab kampung adalah tempat pengumpulan berita hangat dan gosip-gosip terkini. Baru tahu rupa-rupanya si polan tu dah kahwin lain. Rupa-rupanya, si polan tu bini kedua Jah (bukan nama sebenar) oi. Lepas gosip-gosip, baru boleh minta maaf kaw-kaw punya. Yedak? 

Ketiga, sebab kampung adalah kampung yang ada juadah kampung asli. Tak mainlah ketupat adabi 33paket free 3 paket tu. Kuih setakat almong londong memang orang tak pandang sebab semua cari bau-lu. Setahun sekali jumpalah katakan. Tapi kalau dah berhati bandar, pagi raya pun cari KFC. CHOII~

Keempat, sebab ada kubur arwah abah saya. May you rest in peace abah. I.heart.U


SALAM MERDEKA RAYA.

SAYANGILAH IBU BAPA SELAGI MEREKA ADA.



OH MENARIK GILA!!

Walaupun 1 Syawal telah pun berlalu, kukis sedap mungkin dah setel dalam perut, jangan bimbang..

KUKIS.COM  ada sebalang lagi oi..FREE~

 Jom berebut sama saya meh.

1. Jadi fan kat FB Kadkukis.com dan/atau follow blog mereka kadkukis.com

2. Dah join? Share gambar kukis enak banget ni, puji-puji sikit, dan tag diorang. teheee~

3. Tinggalkan komen. Jangan lupa letak detail korang, nama FB/blog link korang.

4. Paling last nak berebut adalah pada 7 September 2011. Lepas tarikh tu, bole cakap goodbye babeh..

Apa lagi. Jomlah berebut. 

^ _____ ^


Peh peh. Awkwardnya nak tulis blog kali ni, sebab dashborad dah lain. Rasa macam baru balik dari luar negara la pulak. OK. Itu metaphor je nak menunjukkan keawkwardan diri saya terhadap blogspot yang baru ni. Ke mana saya menghilang? Alhamdulillah, saya pergi mencari erti abadi. Cewah, cover baik punya padahal malas.

Nak cantik tak?

Semua orang nak cantik kan? Ada orang sanggup habis beribu-ribu ringgit sebulan semata-mata nak cantik. Tapi pernah tak korang terfikir untuk cantik secara murah, mudah, dan confirm cantik? Tak percaya? Betul. Dengan ini saya bawakan kepada anda,

 TADAAAAAA!!


HOMEMADE BY ZANOX ni di ilhamkan oleh seorang anak muda yang super brilliant dalam menghasilkan make up harian yang selalu kita guna. Contoh; kalau mata ada eye bag, boleh la cuba soothing eye gel yang cool gila ni. Bibir kering? Di HOMEMADE BY ZANOX ni, ada 4 pilihan lipbalm dengan pilihan warna yang super duper best. Ni sangat recommended by me. SEYES!

Best sangat ke? Sumpah best. Review barangan yang saya sendiri dah try test akan menyusul next entry. Cewah. And sekarang ada berita best sebab HOMEMADE BY ZANOX ada buat GA. Wohoooo. Barang dia sumpah best sebab halal dan selamat dan best dan mesti-dimiliki. Saya dah menang hari pertama!! WOHOOO~

Dan saya nak cuba nasib lagi untuk GA hari terakhir ni. Manalah tahu dapat sabun cekelat yang boleh makan tu. Anda nak try? teheee~ 


1. Berikan jenis² lipbalm yg dibuat oleh zanox.
Homemade by Zanox ada 4 jenis lipbalm; Natural mint, Blushing mint, Darling mint, Bubble mint. (Saya dah try 2, natural & darling mint. Best!)


2.Berapa huruf 'A' dlm nama penuh cik zanox?
Nama penuh Cik Zanox ialah Zan Zafirah Zainal. Maka ada 5A. Perfect score! HEHE
3.Berapa berat 1 tub eye gel?
Satu tub soothing gel eye ni beratnya 5gram sahaja. 


4.Kolej matrikulasi cik zanox?
Alamak. Ni soalan susah bangat. Tapi thanx to info kat FB personal beliau. Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Yakin. Next.
5.Berapa jumlah bar sabun splashing choco mint utk dijual?
Ni lah sabun cekelat yang sedap dimakan tu. Tehee~ Ada 9 bar untuk dijual. Nyum nyum. Ada bran?
Kena letak slogan. Ni yang payah dan selalu fail ni. HAHA Takpe. Cuba dulu, ada rezeki mana tahu dapat semua jenis cold process soap tu. Best!


Pendapat saya ttg Homemade by zanox ialah ia merupakan permulaan yang baik untuk anak muda melayu seperti Cik Zanox berjinak-jinak dalam dunia kecantikan. Menggunakan kemahiran dan minat yang mendalam dunia ini, saya yakin Cik Zanox mampu melangkah jauh dengan menghasilkan lebih banyak produk berkualiti, suci, dan mampu milik. Secara peribadinya, saya sangat impressed dengan kualiti produk-produk yang dihasilkan. Mengkagumkan. Siapa sangka anak muda yang baru tamat belajar seperti Cik Zanox boleh melangkah sejauh ini. So, good luck ya sis. Tabahkan hati dan selamat maju jaya. :) So guys, nak rasa impressed macam saya, terjah HOMEMADE BY ZANOX SEGERA!!!


p/s : Ini slogan ke ucapan kemenangan? Blurghh~

Mereka SUPER BEST


:: Si Gula-gula Hati ::

© 2010, AYINWEEWEET.blogspot.com
All Rights Reserved | © 2010 |
This blog design is built and designed by