30 August 2011

Raya & Kampung

 Alhamdulillah. Syawal yang kita tunggu-tunggu telah pun tiba, walaupun berat hati nak meninggalkan Ramadhan yang penuh barakah. Entah bertemu entahkan tidak pada tahun hadapan. Wallah'hualam.

Syawal ini, tahun ketiga saya beraya sebagai orang dewasa. Kalau dulu, beratur dengan sepupu sepapat hulur tangan minta duit, sekarang ni, beratur juga, tapi beri duit raya. Dulu, kalau dapat duit biru sekeping, panjang muncung mencebik, dalam hati kata, kedekut seh pakcik ni. Nahh.. Tahun ni,rasakan orang muncungkan kau pula.

Tahun ni, baru saya sedar, balik kampung ni sebenarnya best gila kot. Dulu, saya selalu merungut kalau nak balik kampung sebab tak nak badan bintat-bintat kena gigit nyamuk. Entah kenapa, nyamuk kampung saya suka sangat hisap darah saya. Saya suka kampung waktu malam je, sebab sejuuuuuuuuk sangat, walaupun nyamuk bersepah-sepah. Tapi,sekarang, nyamuk ke tak nyamuk ke, saya rasa balik kampung tu best giler.

Satu, sebab dapat kenal sepupu, makcik sedara, atok sedara jauh-jauh yang tak berapa nak kenal. Bila dah kenal, baru tau sebenarnya anak makcik tu bercinta dengan kawan baik kita. Oh keciknya dunia kan. 

Kedua, sebab kampung adalah tempat pengumpulan berita hangat dan gosip-gosip terkini. Baru tahu rupa-rupanya si polan tu dah kahwin lain. Rupa-rupanya, si polan tu bini kedua Jah (bukan nama sebenar) oi. Lepas gosip-gosip, baru boleh minta maaf kaw-kaw punya. Yedak? 

Ketiga, sebab kampung adalah kampung yang ada juadah kampung asli. Tak mainlah ketupat adabi 33paket free 3 paket tu. Kuih setakat almong londong memang orang tak pandang sebab semua cari bau-lu. Setahun sekali jumpalah katakan. Tapi kalau dah berhati bandar, pagi raya pun cari KFC. CHOII~

Keempat, sebab ada kubur arwah abah saya. May you rest in peace abah. I.heart.U


SALAM MERDEKA RAYA.

SAYANGILAH IBU BAPA SELAGI MEREKA ADA.


Comments (0)

Mereka SUPER BEST


:: Si Gula-gula Hati ::

© 2010, AYINWEEWEET.blogspot.com
All Rights Reserved | © 2010 |
This blog design is built and designed by