09 January 2011
My Online Shopping Mall part 2
Wah.. Rajinnya saya hari ini. Mengupdate blog sehari sampai 2 kali. HAHA Mana tak rajin, baju bergelimpangan lagi, menjerit-jerit minta dikemas. Aduhai. Berat punggung betol sekarang ni.
Seperti yang dijanjikan, hari ini saya mahu share beberapa buah blogshop lagi. Tapi kali ini bukan berkaitan dengan baju-bajuan, tetapi lebih kepada barang yang comel dan kreatif-kreatifan. Super duper menarik. Dan yang penting tak ada tipu menipu di sepanjang urusniaga. Ngeh ngeh. Percayalah!
Siapa kata tak comel bolehlah pergi ke Focus Point dengan segera untuk betulkan mata anda. HAHA Ini pasport cover. Khas untuk mereka yang ada pasport sahaja. macam saya. Warna pink saya punya, warna biru dia ni punya. Sebab dia penasihat utaman relationship saya. Kalau nak couple lagi wajib tunjuk dia dulu untuk kelulusan SIRIM. Eceh, tipu aje.
Yang ini wallet saya sekarang. Sweet kan? Saya memang suka pink dan bunga-bunga. Kalau nak mengurat saya bawa lah bunga berjambak-jambak. Confirm saya tekel kamu balik. HAHA OK. Butik ni menawarkan pelbagai pilihan corak fabrik dan pelbagai jenis item handmade, contoh nak coin purse, card wallet, pasport cover, semua pun ada. Fabrik boleh pakai sendiri punya atau pilih yang disediakan. Harga? Tak adalah mahal sangat sebab kualiti dia superb. Dijamin kemas. HEHE
Sesiapa yang suka menulis, menconteng, dan erk..melukis tapi selalu hilang mood sebab buku tu nampak dull, jangan runsing. Sekarang anda boleh customize apa yang anda nak kemudian tadaaa. Siap! Tak ada masalah lagi. Nak kecik, nak besar, nak ada garis atau kosong, nak letak gambar anda kahwin, semua pun boleh. Sediakan ongkosnya sahaja. Mahal? Sangat tidak. Tapi bergantung pada apa yang anda mahu. Kalau setiap page nak print color memang tercabut urat kentot kot. Owner dia pun sangat ramah. Saya siap beli planner dia sekali tapi malas nak ambil gambar. OK. Sekarang tiada alasan lagi untuk tidak menulis, kan? heee~
Dulu masa saya hangat bercinta dengan si polan bin si polan, website ni antara website yang rajin saya terjah. Sebab saya rajin bagi si polan bin si polan macam-macam hadiah tanda cintaku padamu. Sekarang walaupun kami sudah putus *yippie* saya tetap terjah blog ini, mana tahu ada yang comel-comel. Hasil kerja tangan akak ni sangat kemas dan cantik. Walaupun bersepah-sepah blogshop yang jual barangan berasaskan felt ni, saya pilih kak alya sebab kemas banget. Hurufnya pun tak ada senget benget macam nak tak nak je jahit. Sekarang ni, yang paling fofuler di blogshopnya, bantal warna-warni kot. Boleh tampal nama, gambar, atau ikot suka kaulah labu. Hey, ada sesiapa nak belanja saya bantal ni? HEHE
Siapakah yang love saya itu?
Si polan bin si polan.
HAHAHA
Dang~ Percubaan menipu diri sendiri yang tidak berjaya.
Comments (15)
ayin...thanks vote photo abg eq...
sgt2 terharu...
layout dan makeover ni confirm kerja tangan sri ni kan? hehe
@eqbalzackaduhai.terharunya abg eq melawat sini.siap komen lagi. cair.cair HAHA
aahla abg eq.sri punya design.cun kn.HEHE
tanks ayin...^_^ suka bangat dpt customer yg ceria cam ayin ni..
@Nur Lu'Lu' Alya Amyrahkan.kan.lama x order brg dgn akak.si polan b si polan tak ada dah.HEHE
sis ayin..
minie sgt suke notebook tu..
mcm ne nk order ek??
=)
Eeee...so creative..cute and beautiful. Keep up the good work.
Anyway, thanks for visiting my page. Come again and read my latest post :)
dah tengok blog myea tuh..
comellll sangat..
terus jatuh hati kat bantal comel itu =))
@Cik Miniebole email terus kat owner dia.yang penting terjah blog dia dulu ek dear :)
@Makiko Sabamy pleasure dear :)
@cik enon lalalaahehehe apalg.tempah terus :P
Hi Ayin, singgah sini from tote-boutique..Cantiklah blog ni, kagum kejap..Especially header yang kat atas tu, so creative and cantik, I loike!
comelnya header blog ni
hye Ayin :)
@Coffee Mamasaya x creative.org yg buat tu yg kreatif hehehe
@~kuyam~hai..terima kasih hehe
style gler