24 December 2010
Kalau Semudah Memadam Kapur di Papan Tulis...
Melupakan orang yang pernah menjadi sebahagian daripada hidup kita bukan mudah..
Tidak semudah memadam contengan kapur di papan tulis..
Tidak semudah menekan delete di papan kekunci..
Orang mudah bercakap..
Sebab yang bercakap tu mulut, bukan otak..
Ya..
Mereka bercakap tanpa menggunakan otak..
Tanpa memikirkan hati, perasaan, jiwa kita yang telah separuh mati mencuba..
Kalau saya ada tongkat sakti..
Dia pun saya tak ingin ada dalam senarai kehidupan saya..
Membenci itu mudah..
Bagi orang yang hatinya sudah penuh dengan kebencian..
Mudah bila rasa kasih sayang itu sudah telah semakin pudar..
Tapi bila hati masih sayang..
Bila hati masih tebal dengan rasa cinta..
Melupakan adalah perkara terakhir yang ingin dilakukan..
Biarpun diri telah puas dihina dan dikeji.
Bukan tak mahu melupakan..
Sedang berusaha dengan sepenuh hati untuk membuang dia jauh-jauh..
Jauh..sehingga saya tak mampu menggapai lagi..
Saya ingin berbahagia..
Tolonglah..
Berikan saya bahagia itu sekali lagi..
Comments (2)
lumrah kehidupan..
perlukan masa untuk melupakan segalanya
@mieteah..mb sebulan mb setahun mb tak boleh lupa smpai bila-bila