Kalau orang tanya, saya suka shopping tak? Saya akan buat muka pelik sambil jawab, gile kau tak suka! Oh yeah!! Saya suka shopping. Kalau ada masalah, terapi terbaik adalah shopping dan makanan yang heaven. Tapi masalah sekarang adalah saya berbadan comel.Sangat susah nak dapat baju yang sepadan tanpa perlu alter. Nak cari maxi, blouse, cardi, sangat susah ok. Tapi kini tidak lagi dengan KZNabihah Boutique. cewah!!

Dalam banyak-banyak design yang ada di KZNabihah Bo
utique ni, ada satu yang paling saya minat dan dalam target untuk dirembat.

ITS GADILIA MAXI DRESS!!

Kenapa saya suka maxi dress ini?
  • Sebab ia sangat rare, jarang jumpa kat mana-ma online shop yang lain.
  • Ada banyaaaakkk saiz; dari yang kecil hingga ke plus size.
  • Harga yang berbaloi-baloi.
  • Ada pilihan warna yang pelbagai dan vibrant.

Sebab tu saya suka Gadilia Maxi Dress ni!!!


Jom kita kenal owner KZNabihah

  • Orang Kluang hokay!!
  • Sudah di reserved by someone who deserved her :)
  • Baru sahaja memenangi Anugerah Best Shopping Blog di World Blogger & Social Media Awards 2012. Osemnya!!!

Anda nak join GA ni juga?

Buat 1 entry paling best mengenai blog KZNabihah.
Tulis review mana-mana item kegemaran yang mereka jual.
Letak link blog KZNabihah Boutique & link fans page facebook mereka; trendy shawl.
Dan jangan lupa letak banner KZNabihah sekali.

TARIKH TUTUP :
20 MARCH 2012 , TEPAT 3 PAGI..


Yang bertuah akan mendapat :
STRIPY KIMONO CARDIGAN.
PEMENANG AKAN DI PILIH SEPENUHNYA DARI PIHAK KZNABIHAH.
HADIAH AKAN TERUS DI POS PADA HARI ESOK JUGA

Apa tunggu lagi. Jom join!! ^__^


Kalau kita ada satu hari lagi,
Kenapa kita pilih jalan yang ini,
Melukai hati sesama sendiri,
Dan akhirnya kaku dan melangkah pergi..

Kalau kita ada satu hari lagi,
Bisakah kita berpegang pada janji,
Untuk saling melindungi dan mempercayai,
dan menerima kekurangan diri..

Tapi hari ini tidak akan kembali,
Adakah cinta ini sudah mati,
atau menanti hati bertaut kembali,
Oh tuhan, berikan aku rindu itu sekali lagi..

Sumber : Sini


Kalau sudah cinta,
Pasti ada jalan untuk bersama.

Kalau sudah jodoh,
Biar dinding diroboh,tapi hati tetap utuh...



18 March 2012

Andai lelaki tahu..

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah m
encintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu dgn kamu, dia benar-benar maksudkannya.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan berkata kasar, dia bukan bermaksud utk berkasar, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan
mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuata
n tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

Source: Sini

p/s : i.love.you

Mereka SUPER BEST


:: Si Gula-gula Hati ::

© 2010, AYINWEEWEET.blogspot.com
All Rights Reserved | © 2010 |
This blog design is built and designed by