Perkara yang paling dibenci oleh setiap perempuan semestinya jerawat yang sering menyerang tak kira masa. Paling kurang, sebulan sekali mesti jerawat datang melawat ke sekitar kawasan muka. Dapat kat pipi kecik-kecik tak apalah juga, dapat kt bawah hidung besar-besaran, peh...Geram seh. Rasa nak picit-picit.

Tadaaaa... Jangan risau. Sekarang kita dah tak perlu risau-risau lagi sebab kita dah ada Tea Tree Oil from Body Shop yang mampu mengecut dan mengeringkan jerawat dalam masa semalaman sahaja. (insyaAllah :p ) 

Harga dia cuma RM 28. Murah murah kan? Kalau rezeki pergi masa sale lagilah murah kot. Dan yang paling penting, sangat jimat sebab kita hanya guna satu drop yang diletakkan di atas putik kapas ( cotton bud ) dan sapulah di kawasan jerawat yang baru mula nak tumbuh tu. Lepas dah sapu biarkan kering dan terus masuk tidur. Esok pagi, walla, dah hilang beb. Ini serius. Saya sendiri dah cuba.

Kalau jerawat batu yang tak ada nasi tu macam mana? Kalau jerawat jenis itu, dia ambil masa sedikit untuk surut. Jerawat batu lah katakan. Keras kepala sikit. hehehehe

Jadi, lepas ni dah tak ada alasan lagi untuk tidak keluar berdating. ;p


Hidup ini kena makan. Tak kira makan nasi, makan air, atau makan angin sekali pun kita perlu makan. Kalau tak makan, hati jadi pedih dan pilu, maka akan mulalah episod kepala lutut menggeletar, badan berpeluh-peluh, dan perut akan buat konsert heavy metal secara percuma.

Hari ini saya nak bawa anda makan-makan kat tempat yang makanannya superb dan superb. Ya, saya nak jamu anda makan dengan mata. Mari menjamu mata. Ekikiki. Tempat yang saya nak bawa anda semua adalah di Murni Discovery yang ada banyak branch kat KL. Yang saya makan ni di SS2 PJ.


Nasi goreng MerryLand yang sangat merry. Nampak macam nasi goreng kicap saja kan, tapi sedap wo. Pedas-pedas. Ada fries. Ada keropok. Ada telur. Dan yang paling penting, ada chicken chop. Menu ini sangat sesuai untuk si penggemar ayam + lapar tahap cipan + orang jauh yang jarang-jarang naik KL dan yang paling penting, perut stokin. Three Layer Tea dia pun sedap cuma tak puas hati lah, gelas dia kecil sangat. Ngeng3


Si pengantin baru yang belanja saya malam itu. Sorang roti daging, sorang roti Hawaii (kot). Pun sedap sampai tak boleh muat lagi dalam perut. Kalau nak tengok gambar-gambar yang lebih sedap, boleh jengah di FB Murni Discovery.

Thank you guys sebab sudi fetch aku nun jauh di Midval walaupun baru balik kerja. Plus kena bawa aku makan lak. Hahaha Belanja lak tu. Malu ai. Next time, aku naik KL aku roger lagi tau. kihkih
Terima kasih daun keladi, lain kali boleh belanja lagi. hehehe

SEKIAN.

BURPPPPPP...ALHAMDULILLAH

Mereka SUPER BEST


:: Si Gula-gula Hati ::

© 2010, AYINWEEWEET.blogspot.com
All Rights Reserved | © 2010 |
This blog design is built and designed by