31 January 2011

Perhatian Bloggers!

 Sekarang ni musim hujan dan musim cuti sekolah. Jadi saya tak dapat menjalankan kerja yang saya biasa buat di musim cuti iaitu kerja mengukur jalan. Mama pasti bangga dengan saya sebab tiba-tiba jadi anak dara sunti. Oleh itu, saya ada banyak masa untuk mengadap laptop dan akan update selalu kalau penyakit sakai tak datang menyerang. Blogwalking pun saya dah buat kepada mereka yang datang terjah saya dari depan. Saya ada tinggalkan bukti kan? Selalunya saya tinggalkan komen sekali dengan shoutbox. Kalau tak ada komen maksudnya saya tak tahu nak tulis apa. Blerghh~


Ok. Ini inti tajuk entry saya.

Kalau ada sesiapa nak saya blogwalking dan bagi 20sen pada blog anda (suka suruh klik klik kan :P ) sila tinggalkan jejak di bawah entry ini. Komen, jangan malas nak komen. Kalau kat shoutbox susah nak jejak. Banyak sangat iklan. Tak suka.

OK? Kalau nak lah. Kalau tak nak pun tak apa. Tiada paksaan. Ngee~

 Bluwekkk!

30 January 2011

30 Januari; Berganti Hati

30 Januari 2011
Hari terakhir aku bersua muka dengan dia
Hari terakhir aku melihat mata dia
Hari terakhir aku tersenyum kepada dia
Hari terakhir aku melambai tangan dan melihat dia pergi

30 Januari 2011
Rupa-rupanya, sudah tiga bulan
Dari tarikh keramat itu
Sudah tiga bulan 
Dia pergi meninggalkan aku
Dan begitu pantas masa berlalu

30 Januari 2011
Semoga kau dan aku akan beroleh kebahagiaan masing-masing
Seperti yang sering kita impikan
Ameen... :)


Satu persatu telah kuhapus
Cerita lalu di antara engkau dan aku
Dulu hati ini pernah percaya
Seribu mimpi tanpa ragu tanpa curiga

Ku tak ingin lagi
Menunggu, menanti
Harapan tuk hidupkan cinta yang telah mati
Ku tak ingin coba
Hanya tuk kecewa (Ku telah kecewa)
Lelah ku bersenyum lelah ku bersandiwara
Aku ingin pergi
Dan berganti hati
Satu persatu telah kuhapus
Nada dan lagu yang dulu kucipta untukmu
Rasa yang dulu pernah ada
Kini berdebu terbelenggu dusta dan noda

Kini ku sadari diri ini
Ingin berganti hati
Cinta yang tlah pergi
Harus berganti hati
Harus ku ganti hatiku kini
Ini harus ku ganti
Tak perlu ini lagi harus berganti…

Saya rasa, ramai orang setuju, susah nak cari perempuan yang berkualiti sekarang ni. Tapi, saya rasa, kalau setakat dia tak pandai memasak, atau dia hanya pandai merajuk; tak bermakna dia bukan perempuan tak berkualiti. Kualiti itu subjektif. Mungkin dia tak pandai masak, tapi dia superwoman dalam kemas mengemas, jahit menjahit. Lagipun, bukan semua orang itu sempurna bukan?

Lelaki. Nak cari lelaki berkualiti lagilah susah. Kalau iklankan kat Yellow Pages pun belum tentu dapat cari satu yang berkualiti. Susah yang amat. Sebab mereka selalunya ada banyak lapisan topeng yang kena kita buka satu persatu sampai nampak yang dasar. Kalau dapat tengok sampai dasar pun dah cukup baik kot. Kalau dah bertahun-tahun tapi masih banyak topeng belum dibuka? Itu namanya malang yang memang dah berbau tapi kita pura-pura tutup hidung konon-konon macam semua ok.

Saya sangat pantang bila....

1.   Lelaki suka sangat minta duit pada perempuan. Lebih-lebih lagi bila baru je nak kenal hati budi. Muka pun macam belum nak cam lagi. First date dah suruh perempuan belanja.  Apa barang? Lelaki macam ni, kita cancel habis-habisan. Buang karan. Bila tak bagi, mulalah buat drama konon-konon kita tak ikhlas nak berkawan dengan dia. Lepas tu cakap kita sombong sebab kerja kita pilot dia tukang jahit. Eh eh. Kau ini kenapa? Gila meroyan ya?

2.   Lelaki tu tak cukup duit nak masuk minang tapi dah mula minta macam-macam yang hanya orang kahwin boleh rasa.  Agak-agaklah bai. Kalau ketagih sangat, kau pergi cari bantal kau sond** sorang-sorang ya. Sangap ke hape?

3.  Lelaki ajak keluar tapi kita tak boleh kuar sebab banjir contohnya. Tapi dia marah sebab dia kata kita buat alasan tak nak jumpa dia. Apa dia ingat ada sampan atas rumah? Atau dia ingat kereta kita tu boleh bertukar jadi motor bot? Lelaki yang suka mendesak dan susah nak faham sesuatu keadaan dan selalu nak kita penuhi kehendak dia adalah lelaki pertama yang terkeluar daripada list saya. Haih!

4.   Lelaki busuk. Titik. Itu mandatori. Kalau muka hensem duit berkepuk tapi ketiak macam..blerrghhh, peh pantang. Eh eh. Tapi dia kaya ya? Eh. Tak jadilah. Bolehlah bolehla. HAHAHAHAHA


p/s: Currently in love dengan bau 212 Sexy Man by CH..weeee~

Tadi terjengah blog Cik Epal , terdengar lak lagu Muhasabah Cinta, tiba-tiba tersentuh hati, tersayu lak di pagi yang indah ini. Semuanya ter, maksudnya memang tak sengaja nak sayu-sayu. Lagu ni pernah dengar kat blog Cik Irine dulu (kot...ke salah ek. kalau salah minta ampun :P) tapi tak hayati sangat pun. Mungkin sebab Cik Epal ada bagi lirik sekali kot dalam blog dia, terus rasa jatuh cinta, terus feeling-feeling di atas awan. Rasa macam semangat yang lari tu datang balik berdesup-desup. Semoga dipertemukan dengan cinta yang betul kali ni. Jom layan!


Tuhan...kuatkan aku
Lindungi aku daripada putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMU

Saya selalu nak update blog. Selalu rasa semangat nak cerita apa ada dalam otak dan hati. Tapi niat suci murni saya tu akan end up dengan merenung kat skrin sambil fikir macam mana nak susun ayat. Blerghh~ Hari ini, saya bangun pagi, tercongok depan lappy, sambil buka lagu My Baby You yang telah di set repeat sampai kejang, tambah pulak hujan lebat kat luar, pergh layan perasaan betul. Saya akan pastikan post ini di publish hari ini juga tanpa terperuk dalam Draft.

Hari ini hari Ahad. Sepatutnya hari ini hari Ahad yang biasa-biasa saja. Mungkin lebih bahagia kerana esok masih cuti. Jadi tiada istilah Monday Blues dalam diari untuk hari esok. Hoyehh! Tapi hari ini bukan sekadar hari berehat dan bercuti. Hari ini lain. Sangat lain. Mungkin jadi lebih bahagia, mungkin boleh jadi sesuatu yang sangat menyeksakan. Dang~ 

Dia ada sini. Dia ada dekat dengan saya. Dia buat hati saya bergetar macam suatu ketika dahulu. Dia buat saya hanyut. Saya sayu bila teringat cerita saya dengan dia dulu-dulu. Sayu bila dia saya layan baik-baik macam dulu juga. Awak, boleh tak jangan layan saya baik sangat? Tiba-tiba saya rasa macam nak tembak diri sendiri. Grrrr!

Lagu My Baby You ni dah memekak banyak-banyak kali tanda suruh berhenti sebelum hujan air mata turun. Mari kuatkan diri macam dulu ye Ayin. Mari menabahkan diri seperti sedia kala. Chaiyok!

Kesimpulannya, Ahad ini Ahad yang akan meninggalkan seribu satu makna kerana hanya saya  dan Allah yang tahu apa lagu hati saya sekarang. Semoga Allah mempermudahkan segalanya. *senyum besar*

25 January 2011

Fakta Parti Buih Kami

Biar lambat asal blog ini terus selamat. Kwangkwang. Internet slow gila sebab dah lebih limit. Jadi nak upload gambar siap boleh tido mandi semua. Tu pun tetap hampeh. Jadi saya malas nak buat CPR kat blog saya hari-hari.
Berjoli adalah sesuatu yang menghiburkan. Mana ada masa berjoli yang tidak hibur. Kalau tak hibur, muka akan jadi stres dan berkerut-kerut. Mahu? Tak mahu kan. Jadi, kalau nak muka sentiasa ceria, mari sambut birthday kawan-kawan tersayang dengan seikhlas hati, yang penting hati terhibur. Daripada duduk rumah melanguk tak tentu pasal, membesarkan bumper dan memberatkan tulang, mari keluar bergurau senda sambil makan-makan.
  • Party buih kami dapat tetamu VVIP yang berminat nak join sekali. Bukan satu, bukan dua, tapi tiga. Dahla tuh, memilih nak makan yang sedap je. Yang ada cheese, yang ada krim, ada jagung sokmo, pedas-pedas tak nak pulak. Memilih punya VVIP. Cepok kang. Dahla buat putus suap tak pasal-pasal. Spoil!
  • Kami bawa makanan yang macam boleh jamu lebih 20 orang sedangkan ada 6 perut je untuk diisi. Eh. Bukan 6. 7 kot sebab ada lagi sorang dalam perut belum keluar. HAHA Tapi mungkin boleh je habis kalau tak ada VVIP datang kacau kitorg makan. Tengok piza pun terkulat-kulat. Tensi habis.
  • Buat photoshoot tanpa keluarkan modal. Orang masuk water park kena bayar, kitorang selamba masuk selepas kenyit-kenyit mata. Sampailah kena tarik keluar oleh makcik guard. Oh. Nasib dia tak marah, sebab kami panggil dia akak instead of makcik, walaupun rasa-rasa umur dia lebih tua dari mak kami. Harap-harap dia tak perasan balik rumah senyum sorang-sorang.
  • Dapat adik angkat sorang. Nasib comel. Kalau tak, tak nak ngaku pun budak tu siapa. Tapi sayang, tak sempat amik no telefon ayah budak tu. Mana tahu, budak tu memerlukan mak angkat memandangkan mak bapak original sibuk meeting.
  • Ada macam-macam pengakuan dan pengumuman penting yang kite-kite je tahu. Special. No repeat order. HAHA


They made my day!  
Happy hari tua makcik!!
 Si tukang tangkap gambar yang comel dan loteh.
Ada berkenan?
HAHAHAHAHAHA

p/s : Ada yang tanya, mana buihnya? Tak nampak seketul buih pun. HAHAHA Sapa yang tanya macam tu, nampak sangat suka tuuuuutttt tuuuuuutt. Ha. Baik jangan tanya, mana buih tu. OK? HAHAHA


19 January 2011

Mama Mimpi Dia..


Mama mimpi dia. Mama cakap, dia dah tak nak kat aku lagi. Bersungguh-sungguh. Dia bagi mama sepasang kain dan dua helai tudung untuk aku. Sebagai kenangan, katanya. Mama cakap lagi, muka dia nampak sakit. Kulit dia bercapuk-capuk. Sakit yang tak diketahui mungkin. Benarkah dia sakit?
Sudah tidak ada lagi kau dan aku. Sekarang kekuatan itu sudah berada dalam diri saya. Hakikat bahawa saya bukan untuk dia sudah saya telan dengan tiada rasa sesal di dalam dada. Terima kasih untuk saat yang pernah membahagiakan itu, walaupun mungkin saya seorang yang berasa bahagia.  Semoga awak temui cinta yang awak damba selama ini.

Last baju origami made by him. Masa tunggu queue yang panjang gila di IKEA.
Wish him luck!

Wah.. Rajinnya saya hari ini. Mengupdate blog sehari sampai 2 kali. HAHA Mana tak rajin, baju bergelimpangan lagi, menjerit-jerit minta dikemas. Aduhai. Berat punggung betol sekarang ni. 

Seperti yang dijanjikan, hari ini saya mahu share beberapa buah blogshop lagi. Tapi kali ini bukan berkaitan dengan baju-bajuan, tetapi lebih kepada barang yang comel dan kreatif-kreatifan. Super duper menarik. Dan yang penting tak ada tipu menipu di sepanjang urusniaga. Ngeh ngeh. Percayalah!



Siapa kata tak comel bolehlah pergi ke Focus Point dengan segera untuk betulkan mata anda. HAHA Ini pasport cover. Khas untuk mereka yang ada pasport sahaja. macam saya. Warna pink saya punya, warna biru dia ni punya. Sebab dia penasihat utaman relationship saya. Kalau nak couple lagi wajib tunjuk dia dulu untuk kelulusan SIRIM. Eceh, tipu aje.


Yang ini wallet saya sekarang. Sweet kan? Saya memang suka pink dan bunga-bunga. Kalau nak mengurat saya bawa lah bunga berjambak-jambak. Confirm saya tekel kamu balik. HAHA OK. Butik ni menawarkan pelbagai pilihan corak fabrik dan pelbagai jenis item handmade, contoh nak coin purse, card wallet, pasport cover, semua pun ada. Fabrik boleh pakai sendiri punya atau pilih yang disediakan. Harga? Tak adalah mahal sangat sebab kualiti dia superb. Dijamin kemas. HEHE




Sesiapa yang suka menulis, menconteng, dan erk..melukis tapi selalu hilang mood sebab buku tu nampak dull, jangan runsing. Sekarang anda boleh customize apa yang anda nak kemudian tadaaa. Siap! Tak ada masalah lagi. Nak kecik, nak besar, nak ada garis atau kosong, nak letak gambar anda kahwin, semua pun boleh. Sediakan ongkosnya sahaja. Mahal? Sangat tidak. Tapi bergantung pada apa yang anda mahu. Kalau setiap page nak print color memang tercabut urat kentot kot. Owner dia pun sangat ramah. Saya  siap beli planner dia sekali tapi malas nak ambil gambar. OK. Sekarang tiada alasan lagi untuk tidak menulis, kan? heee~


Dulu masa saya hangat bercinta dengan si polan bin si polan, website ni antara website yang rajin saya terjah. Sebab saya rajin bagi si polan bin si polan macam-macam hadiah tanda cintaku padamu. Sekarang walaupun kami sudah putus *yippie* saya tetap terjah blog ini, mana tahu ada yang comel-comel. Hasil kerja tangan akak ni sangat kemas dan cantik. Walaupun bersepah-sepah blogshop yang jual barangan berasaskan felt ni, saya pilih kak alya sebab kemas banget. Hurufnya pun tak ada senget benget macam nak tak nak je jahit. Sekarang ni, yang paling fofuler di blogshopnya, bantal warna-warni kot.  Boleh tampal nama, gambar, atau ikot suka kaulah labu. Hey, ada sesiapa nak belanja saya bantal ni? HEHE

Siapakah yang love saya itu?
Si polan bin si polan.
HAHAHA
Dang~ Percubaan menipu diri sendiri yang tidak berjaya.


 Sarapan saya hari ini sangat enak. Santapan ilmu bersama Dato' Fadzilah Kamsah. Ini siaran ulangan. Sebab hari itu tak dapat tonton, hari ini tak dapat makan nasi goreng pun tak apa. Asalkan dapat dengar pengisian program beliau. Tajuk? Siapa kahwin cepat dia orang yang rugi. OK. Tipu. HAHA

Semua orang mahu kahwin. Kalau tanya  saya masa saya umur 7 tahun pun saya cakap saya nak kahwin. 7 tahun sudah kenal cowok ganteng-ganteng tau. Dahulu, saya beranggapan, setiap perempuan akan kahwin masa umur 24 tahun, kahwin mesti dengan orang hensem dan kaya sahaja, dan perempuan itu sendiri, yang comot akan bertukar menjadi cantik jelita. Nasib labu tak jadi kereta kuda kan. Nah. Sekarang pelamin anganku musnah. Usia dah menginjak 20++ (HAHA) masih jua belum bertemu putera idaman, jangan kata yang kaya, yang kerja kilang pun tak jumpa juga, dan saya masih lagi perempuan comot yang comel dan montel. Dang~ Semua kisah dongeng tu tipu. Tipu. Tipu. 
Me. Heart. You
Jadi mari kita share ilmu yang saya dapat tadi ya. Suka tak? Suka tak?

*   Maafkan semua orang. Maafkan mereka-mereka yang pernah melukakan hati kita. Jangan sebab kita marahkan dia, sampai tua kita tak kahwin. No. No. Yang penting, bersihkan hati kita. Bila dendam dan marah dah hilang, baru hati jadi tenang. Baru air muka nampak berseri. Jadi, mari maafkan semua orang. Yay!

*   Dalam doa kita sehari-harian, jangan sekat doa kita untuk orang tertentu sahaja.
           Contoh: Ya Allah Ya Tuhanku, kau jadikanlah si polan bin si polan sebagai suamiku.
Selok-eloknya, luaskanlah permintaan tu. Minta dipermudahkan pertemuan dengan jodoh yang betul.

*   Jangan patah semangat. Jangan putus asa daripada terus mencari. Tapi jangan pulak pergi iklankan diri pulak. Cukup dengan tidak putus berdoa kepada Yang Maha Esa. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita, kan?

*   Buang semua sifat buruk yang agak-agak orang tak suka. Agak-agak suka kentot depan orang, bawa-bawalah bertaubat. Manalah tahu, ada rombongan meminang dah sampai depan rumah, sekali terdengar kita kentot meletop-letop terus cancel. Ha. Kan dah gigit jari.

*   Jadikan diri kita supaya disayangi ramai orang. Bermanis-manis muka. Jangan cakap je nak manis. Muka pun nak manis. Orang menyampah tengok kita bermanis-manis? Apalah sangat kalau ada sorang yang menyampah tapi ada 10 yang berkenan. Berbaloi-baloi.

*   Redha. Dia Maha Mengetahui dan Maha Mendengar :)

OK. Dah dapat? Agak-agak berjaya tips ni jangan lupa layangkan kad jemputan sekeping dua. Kalau tak pun, MC D prosperity pun jadiklah yang oi.
Apa lagi. Mari bersihkan hati. Bersihkan minda. Bersihkan diri. Sebab belum mandi lagi. HAHA 

 

Wohoo.. Ini pertandingan (wah..macam masuk MSSD pulak hehe) pertama bagi 2011.
Mana tau luck saya lebih tahun ni.
Hadiah dia domain sendiri beb. Domain tu apa? Ala.. Yang tak ada blogspot.com tu.
Contoh : ayinweeweet.com.
Peh. Kewl gila kan.
Konfiden masuk ni sebab template baru ni nampak sweet macam saya.
Ada gaya. Kan kan kan? HEHE
Cik Gayah, plzz vote for me. Plz Plz I lap U! kikiki

Kena tag orang? Tarak hal. 

Siap! >__<

Eh. Belum join? Terjah Cik Gayah sekarag juga. Yippie! :)
 
 Senario 1
"Awak.."
"Ya"
"Kalau saya mati kan.."
"Haih.. Kenapa cakap pasal mati pulak?"
"Tak adalah..nak cakap ni."
"Ha. Apa dia?"
"Kalau saya matikan, boleh tak awak halalkan aje hutang saya tu?"
Blurghh~"Tapi, awak belum matikan?Jadi cepat-cepat awak bayar hutang tu."

Senario 2
"Bila nak bayar hutang saya?"
"Ala.Gaji awak besar. Apalah sangat hutang saya tu? Takkan tu pun nak berkira."
"Empat rat setengah tu.."
"Ala. Anggap jelah awak sedekah kat anak yatim."
"Eh. Saya pun anak yatim juga."

Anda yang baik hati, pernah tak jumpa orang-orang macam ni. Yang bila tak ada duit, menagih simpati, bila berduit, kita ni buat pandang tak pandang. Yang pelik, dia yang berhutang, kita pulak yang malu-malu nak minta duit balik. Kan? Takut terasa lah. Takut kecik hatilah. Last-last, hutang tu minta halal je lah. Sadis-sadis.

Saya bukan tak pernah berhutang. Pernah. Sebab dulu ekonomi memang sesak. Almaklumlah, abah pergi masa tengah belajar. Tapi bila ada duit, hutang adalah perkara pertama saya selesaikan dulu. Takut-takut terlupa. Nanti tak pasal-pasal jadi buah mulut orang. Ada orang pula, biar papa, asal bergaya. Pinjam duit orang, semata-mata nak melaram handbag baru. Yang ini lagi sadis. Bila nampak nama si polan si polan call, terasa fobia nak angkat. Yelah. Kalau tak, nak call setahun sekali pun payah. Ni tiba-tiba rajin pulak call berkali-kali. Takut ada mee di sebalik udang. 

Dulu, cikgu selalu cerita. Kalau kita hutang dengan orang, sampai akhirat kita tanggung, kalau orang tu tak nak halalkan apa yang kita hutang. Kalau kita hutang 20 sen, nanti kita kena angkut syiling doposen yang besar dan berat kat belakang badan kita. Macam tu juga kalau hutang sebatang pensil. Kenalah kita mengangkut pensil sebesar alam sebagau hukuman. HAHA  Ni betul ke tidak, wallahualam. Ke saya kena tipu nih?

Jadi, kesimpulannya, bawa-bawalah bayar hutang ya. Kalau takut dilambung ombak, jangan memandai nak bina rumah kat tepi pantai. Eh, apa kes? Bukan. Bukan. Kesimpulannya, cepat-cepatlah bayar hutang aku wei. Aku sengkek gila ni!

Jangan sampai pipi saya meletop sebab marah ye..

Esok adalah hari pertama bagi sesi persekolahan 2011. Jadi kepada murid memang gila heaven cuti lama-lama macam ni. Kepada guru-guru, separuh heaven je sebab still kena datang sekolah dengan mesyuarat-oh-gila-lama, dengan pendaftaran pelajar baru, dengan jaga exam, dengan induksi dan pelbagai lagi. So, bear in  mind. Kerja cikgu sebenarnya taklah best sangat, kalau orang tu kuat merungut dan merungut.

Memandangkan sekolah dah nak mula, haruslah kita pergi dengan semangat dan azam yang baru untuk memartabatkan institusi keguruan serta mendidik anak bangsa saya. Macammana nak ada semangat? Harus ada handbag baru, kasut baru, spek baru,  baju baru, buku baru, pen baru, alas meja baru, serta tidak ketinggalan jam baru walaupun masih tergendala shipment nya dari US nun. OK. Boleh dimaafin. Terima kasih kepada Budget Rosmah 2010 yang bermurah hati memberi kami RM500 tu. Ada rezeki, boleh beri lagi. HEHE

Kereta juga mesti berkilat-kilat. Dengan harapan anak murid dari jauh akan datang terkedek-kedek menghulurkan bantuan mengangkat beg-beg yang sarat dengan buku. OK. Yang ni, jangan berangan. Nan ado. Belum cukup berkesan Kempen Budi Bahasa yang saya lancarkan saban tahun. Dang~

Dan yang paling penting, hati yang suci dan muka berseri-seri mesti dan wajib ada. Maka, dengan penuh riang ria saya membayar RM50 kepada kakak cantik supaya segala daki dan kekotoran di muka dapat dihilangkan. Semoga kulit saya esok berseri-seri seperti kulit telur dilayang (?). Walaupun urutan muka beliau langsung tak buat saya stim (??), tetapi bolehla. Dan malam tadi, selepas mandi, baru saya perasan sesuatu. Muka saya sedang bertukar kulit. Dan esok sekolah. Yay. Esok muka yang berseri-seri akan bertukar menjadi bertompok-tompok. Terima kasih kakak cantik. Pianggg!

1. Pastikan kalau esok nak kawen, jangan buat facial sehari sebelum majlis. Tapi kalau nak tengok muka berkuping-kuping, silakan dengan hati terbuka.
2. Pakai pelembab muka supaya muka jadi lembab. Tapi jangan terlebih pakai, takut effect pada otak. Otak?...... ok. Lembab. HAHA
p/s: Maaf kerana entry ni carca marba. Masih tidak boleh terima kenyataan bahawasanya kulit muka saya sedang menggelupas. SOBSOB


Mereka SUPER BEST


:: Si Gula-gula Hati ::

© 2010, AYINWEEWEET.blogspot.com
All Rights Reserved | © 2010 |
This blog design is built and designed by