31 December 2010

Kalau abah ada lagi..

Hari ini, kalau abah ada lagi..
Genap umur abah 55tahun
Agak-agaknya, kalau abah ada lagi..
Mesti abah dah pencen dan bersenang-lenang kan..

Kalau abah ada lagi..
Mesti abah dah merasa duit gaji pertama aku dulu
Mesti abah dah naik kereta pertama aku..
Mesti abah dapat hadiah best-best untuk hari lahir abah..
Tapi..

Kalau abah ada lagi..
Mesti tak akan ada lelaki yang berani bermain api dengan aku..
Mesti tak ada lelaki yang berani merobek hati aku..
Tak akan ada..
Sebab abah ada jaga aku..
Tapi..

Kalau abah ada lagi..
Mesti abah dapat tengaok aku terima ijazah..
Ijazah yang jadi impian abah selama ni..
Mesti abah dapat tengok aku bahagia di hari pernikahan aku..
Dan dengan bangganya menjadi wali aku..
Tapi..

Tapi abah dah tak ada lagi..
Abah dah pergi..
Abah dah bahagia di alam yang satu tu..

Selamat hari lahir abah..
Semoga abah tenang di sana..
Ayin rindu abah..
Sangat..

29 December 2010

Kerana Bola Nan Sebiji

Sana sini orang berblogging pasal bola yang bulat tu. Niat di hati, memang malas nak tulis benda yang orang semua dah tulis. Tapi hati saya panas. Panas amat. Sesiapa yang ada FB (ada ke yang tak ada?) boleh pergi ke page Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan lihat sendiri komen-komen yang diberi. Eh. Bukan komen. Lebih kepada menyalak tak sedar diri. Sudahla tulis di page milik negara Malaysia, tapi langsung tak ada budi bahasa. Helo. Terima dengan hati yang terbuka boleh tak?

  • Isu laser. Lagi-lagi isu laser yang digembar-gemburkan. Konon-konon kita menang sebab ada percubaan untuk membutakan si Markus kuskus dengan laser hijau tu. Tak ada orang bagitahu mereka kah, laser dari jarak jauh macam tu tidak beri efek pun kecuali laser yang digunakan masa pembedahan. Itu pun sebab dari jarak yang dekat. 
  • Curang? Kenapa asyik kata Malaysia curang? Bila masa Malaysia kahwin dengan Indon? Setahu saya, Kris Dayanti yang curang dengan Anang adalah. HAHA Tidak. Kami tidak curang. Percayalah. HAHA 
  •  
  • Curi budaya mereka? Lagu apa, Swijaya? Sarihaya? Sarijaya? Lagu apa tu? Sorilah. Nampak sangat budaya Indonesian tu masih belum melekat lagi dalam diri Malaysia. Selagi aku belum nak tengok cerita Indon kat Ria tu jangan nak cakap kami curi budaya korang hokay.
    Walau apa pun, caci maki mereka terhadap negara kita, tapi kita kenalah face dengan hati yang terbuka. Orang bodoh kalau kita layan, kita juga jadi bodoh. Eh. Tak lah cakap orang tu bodoh. Itu pernyataan umum je yer. Tapi, saya akui, pemain Indon super hebat. Semangat mereka kental. Jiwa mereka kuat. Kalau bukan peminat mereka yang maki hamun macam ***************, memang dah gantung bendera Indon kat depan rumah. 

    Eh???!!! Pianggggggg!!!!

    28 December 2010

    Bebel Bebel Di dalam Hati


    Happiness keeps you sweet..
    Trials make you stay..
    Sorrow keeps you human..
    Failure keeps you humble..
    Success keeps you glowing..

    and..

    GOD keeps you going 

    26 December 2010

    Lelaki oh Lelaki

     Dalam keseronokan saya menyambut kemenangan wira bola sepak negara yang ensem-ensem tu, saya dikejutkan dengan mesej daripada seorang teman. Kekasih yang dicintai sepenuh hati bakal melangsungkan majlis pertunangan dengan bekas kekasihnya (hanya tembakan rambang) kerana satu cerita lama. OK. Saya rasa macam WTFaker lelaki jenis ini. Hanya kerana cerita lama kau nak tinggalkan kawan aku, setelah kau tabur janji segala bagai, kau biar dia terbang tinggi-tinggi, lepas tu kau biar dia jatuh sendiri?  OK. Saya tak tahu cerita sebenar. Jadi saya tak layak nak menghukum lelaki itu bukan.

    Tapi yang jatuh terhempas itu kawan saya. Yang menangis teresak-esak itu teman bercerita saya. Saya melihat setiap saat kedukaan dia ketika lelaki itu menghilangkan diri. OK. Mungkin bukan setiap saat. Tapi saya boleh rasa jiwa nya yang berduka lara kerana saya pernah rasa apa yang dia rasa. Berjanji itu ini, memberi harapan sana sini, tapi akhirnya pergi tanpa alasan yang jelas. Apa kau ingat hati perempuan itu kayu macam hati kau?

    Tolonglah wahai kaum Adam, jangan kamu melukai hati wanita sekejam ini. Kamu ketuk pintu hati, kamu masuk, dan akhirnya kamu keluar sambil meninggalkan satu luka besar dalam hati mereka. Itu zalim namanya. Jangan kamu beri harapan jika kamu sendiri tidak pasti apa rasa hati. Jangan kamu beri peluang jika tidak ingin hubungan itu terus berkembang. Jika rasa cinta itu sudah hilang, berterus terang adalah jalan terindah. Bukan dengan menghilang dengan alasan tidak mahu terus melukakan hati wanita. Itu namanya dayus dan pengecut. Jika berani kamu mencuri hatinya, bertanggungjawablah dengan menyerahkan kembali sisa cinta yang ada. Dan jangan sesekali kamu berpatah kembali mengenang cinta lalu. Aku piaaaanggg kang!

    Makin saya kenal ramai lelaki, makin saya tidak tahu apa yang mereka mahu. Sudah tidak ada lelaki hebatkah di dunia ini? Kalau ada, sila PM saya dengan nombor telefonnya sekali agar senang dihubungi. HAHA
    "he who has the pepper may season as he lists"

     Sesiapa yang aktif berblogging, mesti kenal siapa Ardini Humaira. Antara blogger yang kaya dengan info, kaya dengan GA, dan antara blog yang tak pernah akan ada sawang sebab selalu update. Kenapa saya review Cik Dini ni? Sebab Cik Dini telah memberi saya hadiah kemenangan kepada salah satu GA beliau. Walaupun sebenarnya hadiah kemenangan saya adalah Jus Mate 5, tapi hadiah tersebut telah hilang di pertengahan jalan. Mungkin posmen amek sebab dia pun nak kurus kot. 
    Dini ganti dengan Soy Collagen dan voucher perfume Avon. Yay! :)
    Jangan tak tahu, Cik Dini ni pun ada blogshop sendiri. Sesiapa yang nak menjadi cantik seperti beliau bolehla terjah berjemaah ke blogshop beliau. Dini, 20%. HAHA Sesiapa yang suka barang free pun bolehla selalu skodeng ke blog beliau. Manalah tahu ada rezeki baik macam saya *wink*wink*

    p/s : TQ Dini sebab susah payah ganti hadiah ni. Patutnya tak payah ganti sebab bukan salah Dini kan. TQ TQ TQ. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki hendaknya. Ameen...

    Ramai orang tanya saya, mana saya beli blouse dan dress gojes-gojes.  al maklumlah, sebagai pengguna XXL, nak cari baju yang bole bolos dengan selamba memang susah.  Kalau tak sangkut kat lengan, mesti sangkut kat bumper.  Sesiapa dalam golongan saya, mesti setuju sambil terangguk-angguk dan tersipu-sipu malu. 

    OK. Mari saya reveal satu rahsia. Selalunya bila orang tanya saya beli kat mana, saya susah nak ingat nama kedai / alamat website kedai tu. Jadi hari ini, saya akan berusaha bersungguh-sungguh menggoogle untuk memuaskan hati peminat-peminat saya semua. Peminat? Piaangg!!


    Owner blogshop ni, min sangatlah peramah. Servis tip top. Suka buat sale dan bagi diskaun banyak-banyak. Buka setakat diskaun dia bagi, free gift pun sama. Seyes. Kalau anda beli blouse warna cekelat, dia akan bagi earing warna cekelat juga sebagai gift. Best? Best? Baju-baju dia pun sangat best, sedap dimakan eh dipakai, dan memang kena suit dengan badan. Apa lagi, pergi terjah sekarang. *wink*wink*

    LATEST! Grab it fast dear!

    Another blogshop yang saya gemar banget. Sebab baju dia superb nice. Superb gojes. Superbwoman. Wohooo. Price pun affordable. Nampak tak dress yang saya pakai untuk header blog saya? Ha.. Saya beli kat puan jessica ni lah. Anggun tak? hehe Walaupun jarang buat sale *sob*sob* tapi harga dia dah murah berbanding beli kat luar. Kalau dah jadi regular customer, bole minta harga kurang sikit kot. Tapi kena kenyit mata lebih-lebih sikit. HEHE
    I need the red one. Please. Please. Anyone?
    Sapa kata plus size people tak bole pakai kebaya. You are wrong babe! Blogshop ini menyediakan pelbagai range kebaya dan baju kurung yang super meletup. Daripada saiz XS sampai XXXXXXXL. Tak tipu! Lip lap lip lap lagi. Takut kita lagi vogue dari yang super XS tu. MIAHAHA Jadi jangan risaulah kalau nak pakai kebaya masa akad nikah. Boleh tempah terus dari blogshop ini dengan pelbagai rekaan. Nak kebaya yang simple-simple pun ada? Apa kata pergi dating pakai kebaya? Confirm cik abang masuk meminang terus. hehe


    Putih itu suci. OK. Beli sekarang.
    OK. Ini antara website pilihan kalau saya nak shopping-shopping baju. Ada lagi tapi kebanyakannya macam tak kena dengan jiwa. Contoh, dalam blog state bole muat sampai 5xl tapi bila pakai saya rasa 3xl pun bole sesak nafas kalau pakai. Blogshop macam ini terus kena banned sebab macam tak jujur dengan customer. Kesian tak, dahla tak bole try kat badan, ketat pulak tu. Nyah sekarang.

    Nak tahu lagi apa lagi blogshop yang selalu saya terjah? Tunggu..tunggu..tunggu..





    Melupakan orang yang pernah menjadi sebahagian daripada hidup kita bukan mudah..
    Tidak semudah memadam contengan kapur di papan tulis..
    Tidak semudah menekan delete di papan kekunci..

    Orang mudah bercakap..
    Sebab yang bercakap tu mulut, bukan otak..
    Ya..
    Mereka bercakap tanpa menggunakan otak..
    Tanpa memikirkan hati, perasaan, jiwa kita yang telah separuh mati mencuba..
    Kalau saya ada tongkat sakti..
    Dia pun saya tak ingin ada dalam senarai kehidupan saya..

    Membenci itu mudah..
    Bagi orang yang hatinya sudah penuh dengan kebencian..
    Mudah bila rasa kasih sayang itu sudah telah semakin pudar..

    Tapi bila hati masih sayang..
    Bila hati masih tebal dengan rasa cinta..
    Melupakan adalah perkara terakhir yang ingin dilakukan..
    Biarpun diri telah puas dihina dan dikeji. 

    Bukan tak mahu melupakan..
    Sedang berusaha dengan sepenuh hati untuk membuang dia jauh-jauh..
    Jauh..sehingga saya tak mampu menggapai lagi..

    Saya ingin berbahagia..
    Tolonglah..
    Berikan saya bahagia itu sekali lagi..

    Catatan ini saya dapat ketika hati saya sedang luluh ditimpa musibah. Ketika cinta yang terpatri akhirnya putus di tengah jalan. Catatan ini dikirimkan oleh seorang teman yang tak putus-putus meminjamkan telinga dan mata setiap kali hati diruntun kecewa. Walau aku dah belanja cendawan goreng, aku masih hutang kau banyak gile wei. 

    Saya kongsikan catatan ini kepada semua teman saya yang hatinya disapa pilu, kepada yang jiwanya menangis tapi tak ada siapa yang tahu. Semoga Allah kirimkan kita seorang lelaki yang baik, penyayang, dan menerima kita seadanya. Semoga hati yang pilu itu akan menjadi sedingin salju.

    Ayin,

    Aku rasa sangat tak adil bila kita menciintai seseorang sepenuh hati dan tak dihargai.

    Rasa sangat tak adil bila janji diberi tak dipenuhi.

    Rasa sangat tak adil sebab semua orang berhak bahagia.

    Kejam manusia itu kerana memulakan.

    Kejam manusia itu kerana mencuri sekeping hati sedang ia tau betapa rapuhnya hati

    Kejam manusia itu kerana buat kau macam ini.

    Ayin,

    Aku tau kau sengsara

    Aku tau kau derita

    Walau aku bukan pengganti diiri. Bialah aku jadi penglipur lara.

    Walau aku jauh, aku tetap di sini untuk sokong kau. Biar orang tak hargai kau.

    Tapi kau sangat berharga untuk aku sebagai seorang kawan untuk dipersia. 


    18 December 2010

    I Fall In Love Again

    I

    f
    a
    l
    l

    i
    n

    l
    o
    v
    e



     again...





    Ok. Tipu je. Tak rocklah main cintan cintun ni.
    Pfft~ 
     



    Eh.. Sekejap ada kat Terengganu?

    Sekejap ada di Kedah?

    Saya induksi di mana ni?

    Ha.. Jangan tak tahu. Keindahan alam seperti ini boleh kita dapati di Mersing, Johor Darul Best. Datang pakej. Laut ada. Padi pun ada. Tak payah susah-susah nak cari orang Kedah semata-mata nak tengok padi. No. No. No. Orang Kedah dah tak masuk list pencarian calon jodoh saya.  HAHA Johor pun ada padi apa. Cantik wooo. Rasa macam nak guling-guling dalam bendang. Tapi adik-adik jangan pulak tulis negeri Johor sebagai pengeluar utama beras pulak tau. Cikgu gigit nanti.

    Jangan ingat kami merambu ramba masa Dato' Datintengah bagi ceramah. Nak pergi toilet pun takut, apatah lagi nak berjimba-jimba macam ni. Lupakan. Ni semua setelah tekanan tiga hari kursus berakhir. Nampak tak muka saya dengan ikhlasnya mengukir senyum? Hek hek

    Sapa kata induksi boring? Shiok woo. Dengan aircond 24hours non stop, katil empuk yang datang pakej dengan bunyi kriuk kriuk, bilik mandi jakuzi alam semulajadi, tu belum masuk lagi penceramah yang menambat hati. Panjang kata, kalau boleh diberi peluang lagi, memang saya nak pergi induksi lagi. * buat muka bersungguh-sungguh *

    Cuma satu jelah saya nak komplen, lepas ni, kalau nak buat kursus-kursus macam ni lagi, tolonglah.. Jangan sediakan makanan yang sedap-sedap bangat sampai saya rasa nak tambah banyak-banyak kali. Hilang rosak segala ketahanan mental saya. 2jam belajar, makan sambung 2 jam belajar, makan lagi. Sedap. Sedap. Sedap. Jadi kepada rakan sejawat saya atau yang mengenali diri saya, kalau tak nak kena gigit, tolonglah jangan guna perkataan gemuk, tembam, berisi, debab, dan yang sewaktu dengannya. Benci. Wek!

    17 December 2010

    Saya dah cantik!

    TADAAA!!!

    Yaribaa yaribaa

    Nampak tak apa yang lain? Nampak tak kawan-kawan? Ya!! Saya sudah cantik. Eh. Saya memang semula jadi cantik. Blog saya yang makin cantik. Wohooo~ Bahagianya hidup ada blog yang cantik macam blog saya. Jeles tak? Jeles tak?
    Jangan jeles-jeles. Blog saya bukan hasil air tangan sendiri. Ni semua hasil  air tangan mak andam yang saya bawa khas dari Kuang-tang. Cik Sri yang sentiasa berseri-seri. Mari terjah blog beliau secara berjemaah sambil menjamu mata. Serious cantik. Apa yang cantik? Hasil seni dia cantik, orang nya pun lagilah cantik. Agak-agak nak kenalkan dia kat mak bapak,  bawa-bawalah order sebijik dua header atau redesign blog ya. Baru nampak gentleman. HAHA (Cik Sri, ampun ampun)


    Ok. Ini antara contoh artwork dia yang buat saya tak tidur malam asyik terbayang-bayang mengalahkan angau kat boipren. Seyes. Tanya Sri. Kan Sri kan? HAHA Oh. BTW, Cik Sri kita ni ada buat pertandingan make up-make up blog. FULL MAKEOVER wei. FULL! Haish. Jadi kepada sesiapa yang agak-agak nak ada blog cantik macam...ehem..saya, bolehla join kontes ni yang expired 1 Jan nanti. Kalau tak nak join, boleh la sediakan duit dan order terus. Jangan bimbang. Harga berbaloi-baloi dan yang penting No Postage Fee! Ngeh ngeh Kenapa saya suka kerja (?) dengan Cik Sri? Sebab dia sangat easy going dan senang nak berbincang tentang idea. Dia sangat sabar melayan kerenah saya yang fussy macam tikus ni. Ampun lagi Sri. Plus, dia pandai buat saya yang besar ni, jadi slim dan cantik macam Luna Maya. WTFun.

    Oh. Satu lagi. Semua entry-entry lapuk telah saya buang ke dalam Draft untuk tujuan pengarkiban. Almaklumalah, tak nak mengenang kisah lalu. Nanti stalker-stalker saya banyak pula stok cerita nak mengumpat saya. Nyah kau stalker! Agak-agak saya nak berjiwa-jiwa nanti saya bukalah draft tu. 

    Satu + satu lagi, sebenarnya saya nak buat launch untuk reopening blog saya masa New Year nanti. Tapi sebab tak sabar-sabar nak show off, saya teropen sekarang pulak. Kepada yang  dok buka blog saya tapi asik tutup je, maaf lah. Rumah renovate sempena cuti sekolah. Jap. Saya guna perkataan launch ke. Peh. Launch seh. Gaya ada artis tak? HAHA Tak nak kalah.

    Poyolah kau. Dush dush!!

    Mereka SUPER BEST


    :: Si Gula-gula Hati ::

    © 2010, AYINWEEWEET.blogspot.com
    All Rights Reserved | © 2010 |
    This blog design is built and designed by